Skip to main content
Berita SarawakBerita Tempatan

60% Punca Kesihatan Mental Berlaku di Tempat Kerja

By 23 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salleh Immun (Sarawak)

KUCHING, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental masih malu untuk membincangkan dan menyelesaikan isu mereka kepada kaunselor mahupun pihak perubatan.

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bawah Unit Kaunseling Keluarga menganjurkan program Sesi Kaunseling Keluarga; Kesihatan Mental di Tempat Kerja dalam memberikan kesedaran melalui perkongsian ilmu kepada masyarakat melalui aktiviti yang berpaksikan kekeluargaan dan sesi kaunseling bagi menangani masalah kesihatan mental ini.

Pegawai Psikologi LPPKN Sarawak Nadia Amiza Suhaili, berkata pemahaman cetek masyarakat khususnya pekerja yang menghadapi masalah kesihatan mental ini yang terlalu berpegang kepada stigma malu menyebabkan kesukaran masalah kesihatan mental ini ditangani dengan sebaiknya.

Nadia (kiri) berinteraksi dengan peserta ketika sesi soal jawab.

Nadia (kiri) berinteraksi dengan peserta ketika sesi soal jawab.

“Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 Kementerian Kesihatan Malaysia menyatakan bahawa 4.2 juta rakyat Malaysia berusia lebih 16 tahun mengalami pelbagai bentuk penyakit berkaitan mental dan 60% punca kesihatan mental berlaku di tempat kerja.

“Di tempat kerja, kita boleh lihat seseorang itu dalam keadaan yang gembira namun di sebaliknya mungkin ada yang memendam perasaan dan hanyut dengan emosi sehingga individu tersebut gagal untuk mengawalnya, malah ada yang tidak mahu berkongsi masalah kesihatan kepada rakan sekerja kerana khuatir akan menjadi bahan ejekan, sindiran, kecaman dan sebagainya,” katanya ketika mengendalikan Sesi Kaunseling Keluarga anjuran LPPKN Sarawak, di sini baru-baru ini.

Menurut Nadia, mereka yang tengah bergelut dengan gangguan kesihatan mental ini seharusnya mendapatkan bantuan kerana bimbang ianya akan menjadi punca kepada timbulnya masalah lain yang menyebabkan hidup mereka menjadi lebih teruk.

“Amat penting untuk semua pihak baik majikan mahupun pekerja mengambil serius tentang isu kesihatan mental ini dan pada masa yang sama, elemen kekeluargaan juga amat diperlukan dan harus diterapkan sebagai sokongan tambahan kepada mereka yang menghadapi masalah kesihatan mental sebagai satu mengubati yang lebih efisien,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda