Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

SMK Sik Ungguli Kejohanan Bola Jaring Bawah 18 MSSD Sik

By 23 Januari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fasharina Kholil/Norhasimah Md Naam (Sik)

SIK, 23 Jan (Malaysiaaktif) – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sik muncul johan dalam Kejohanan Bola Jaring, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Daerah (MSSD) Sik apabila berjaya mengetepikan cabaran tujuh pasukan lain dalam kejohanan tahunan yang diadakan di Gelanggang Majlis Daerah Sik, di sini semalam.

Pengurus Pasukan Nor Ashikin Mohd Rejab, melahirkan rasa gembira dan syukur dengan kejayaan anak buahnya itu.

“Kejayaan pasukan adalah hasil usaha serta komitmen tinggi pemain serta jurulatih yang bertungkus-lumus menjalani latihan serta didorong oleh semangat kerjasama berpasukan yang tinggi.

“Sebelum turun ke gelanggang, saya sentiasa mengingatkan pemain-pemain supaya fokus dan tenang agar tidak tertekan ketika perlawanan,” katanya yang bangga dengan pencapaian pelajarnya yang berjaya menewaskan SMK Agama Sik 17-8 dalam perlawanan akhir, di sini semalam.

Farisya ketika menerima hadiah selaku pemain terbaik kejohanan.

Farisya ketika menerima hadiah selaku pemain terbaik kejohanan.

Dengan kemenangan tersebut SMK Sik akan mewakili daerah ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-sekolah Kedah (MSSK) yang akan berlangsung pada Februari nanti.

Sementara itu, pemain pasukan SMK Sik, Nurfarisya Hanim Muhamad Zaki berjaya mencuri tumpuan dengan mempamerkan aksi cemerlang sekaligus dinobatkan selaku pemain terbaik bawah 18 tahun.

Farisya yang juga pemain bola sepak wanita Kedah pernah beraksi pada Kejuaraan Bola Sepak Perempuan B 15 AFF 2019 di Chonburi Thailand, tahun lalu.

“Kemenangan ini merupakan suntikan motivasi kepada pasukan kami dan berharap agar dapat memperbaiki kelemahan serta meningkatkan prestasi dalam perlawanan akan datang,” ujar penjaring gol pasukan kebangsaan semasa kempen di Chonburi ini lagi.

Farisya turut berharap agar ada pemain yang akan terpilih untuk mewakili Kedah ke Kejohanan Bola Jaring Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) nanti.

-SH

Tinggalkan komen anda