Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sultan Kedah Tunai Solat di Masjid Jamek Madinatul Ilmi

By 11 Januari 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahazir Abu Hassan/Mohd Rasidi Che Sa (Baling)

BALING, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah dan Raja Muda Kedah Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin berkenan berangkat menunaikan solat jumaat di Masjid Jamek Madinatul Ilmi Kuala Ketil, di sini semalam.

Setiausaha Masjid Jamek Madinatul Ilmi Mohd Rais Abd Wahab, berkata Keberangkatan Tuanku Sultan dan Raja Muda Kedah ke masjid ini amat dinantikan oleh semua jawatankuasa masjid dan anak-anak kariah di sini.

“Sebelum ini kami hanya dapat melihat baginda berdua hanya melalui televisyen serta surat khabar sahaja dan hari ini dapat melihat dengan lebih dekat dan bersalaman dengan baginda,” katanya ketika ditemui.

Sejurus selesai solat jumaat, Sultan Sallehuddin turut berkenan menyerahkan sumbangan kepada kanak-kanak yang hadir.

Ketibaan baginda disambut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Datuk Ismail Salleh mewakili Menteri Besar Kedah.

Turut hadir Mufti Negeri Kedah Datuk Sheikh Mohd Fadhil Awang, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Kedah Mohd Yusri Md Daud, Pegawai Daerah Baling Abdul Bari Abdullah dan ketua-ketua jabatan Daerah Baling.

-SH

Tinggalkan komen anda