Laporan/ foto: Nor Haliza Ridzuan/ Nur Rezwane Md Zabidi (Seberang Perai Utara)
BAGAN JERMAL, 11 Jan (Malaysiaaktif) – Program sempena menyambut Tahun Baru Cina 2020 telah diadakan di perkarangan Rumah Berhala Guan Yin Ting Dou Mu Gong di sini.
Program ini dimeriahkan dengan kehadiran kira-kira 1, 500 penduduk sekitar Parlimen Bagan yang turut sama ingin merasai kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini. Pelbagai aktiviti juga telah diatur oleh penganjur antaranya pameran oleh jabatan-jabatan kerajaan, persembahan pentas dan juga food truck.
Program ini akan diadakan selama 3 hari bermula semalam, 10 Januari dan akan berakhir pada 12 Januari 2020.
Program yang telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yaw turut dihadiri ADUN Bagan Jermal merangkap EXCO Belia dan Sukan, Soon Lip Chee, ADUN Bagan Dalam, Satees Muniandy, dan juga ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh.
-II-