Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahPerak

Angkat Martabat Warisan Lenggong

By 10 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Ridhuan Mohd Fadhil Samuel (Kuala Kangsar)/Perak Insights

LENGGONG, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Rakyat Perak khususnya penduduk Lenggong perlu memelihara budaya dan melestarikan adat resam di daerah ini supaya generasi akan datang dapat mengenali budaya di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak Hasnul Zulkarnain  Abd Munaim, berkata bumi Lenggong ini sememangnya mempunyai kisah dan penceritaan yang panjang yang mana pelbagai artifak dan bahan sejarah ditemui.

“Saya ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak Universiti Sains Malaysia kerana telah menemui bahan artifak yang belum penah ditemui iaitu ‘Wanita Perak’ selain terdapat satu kawasan pengeluaran peralatan batu yang tidak diganggu yang mana peralatan kerikil dihasilkan dengan menggunakan alat seperti andas dan tukul batu telah digali di tapak arkeologi Kota Tampan.

“Bengkel ini dikatakan telah wujud semenjak 75,000 tahun lalu dan ini membuktikan Lenggong mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan sudah pasti menyimpan 1001 khazanah dan bahan artifak yang boleh diterokai sebagai bahan sejarah,” ujarnya ketika merasmikan kempen Perak Kembali Gemilang@Lenggong, di sini semalam.

Dalam pada itu, Hasnul juga berkata kenikmatan negeri ini adalah milik rakyat yang mana dalam siri jelajahnya yang mewakili kerajaan negeri, beliau turut menekankan kebersamaan dalam menjaga kestabilan dan keharmonian negara.

“Melalui program yang berpusatkan rakyat, kesemua insentif dan inisiatif yang dinyatakan diberikan keutamaan dan hasil negeri disalurkan terus kepada rakyat.

“Sebagai contoh, kerajaan negeri telah menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan asnaf dan B40 seperti pemberian Kotak Harapan, Kad Prihatin, Pakej Umrah Percuma, bantuan kewangan untuk jemaah haji, biasiswa, dan demasiswa.

“Bahkan, kerajaan memperuntukkan lebih RM100 juta kepada institusi agama Islam yang mana sebahagian besar masjid dan surau dibaiki dan dibaikpulih untuk keselesaan jemaah dan kariah serta pelbagai program yang disusun bagi membela kaum Melayu dan agama Islam,” katanya lagi.

-SH

Tinggalkan komen anda