Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Bahang Sambutan Tahun Baharu Cina Masih Dirasai

By 11 Februari 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 10 Feb (Malaysiaaktif) – Hampir dua minggu kaum Cina di negara ini meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, namun kemeriahannya masih lagi dirasai oleh masyarakat Cina di Chukai khususnya, apabila program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kemaman bersama masyarakat Cina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai dihadiri hampir 200 orang Kaum Tiong Hua.

Bagi Alvis Ang, 40, seorang peniaga, berkata program sambutan ini lebih terasa kemeriahannya kerana dianjurkan oleh agensi kerajaan.

“Di samping itu, saya boleh berkenalan dengan lebih dekat dengan masyarakat Cina di sini kerana baru sahaja dilantik sebagai pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Persekutuan (MPKKP) di kawasan ini.

Liong Kok Hoong bersama bahan penerbitan yang diedarkan oleh kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman

Liong Kok Hoong bersama bahan penerbitan yang diedarkan oleh kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman.

“Kebanyakan penduduk Cina di sini yang saya temui berterima kasih kepada agensi kerajaan yang sudi menganjurkan sambutan Tahun Baharu Cina, jika sambutan pada hari biasa sambutan mereka lebih kepada meluangkan masa bersama keluarga tetapi kali ini mereka lebih kepada bertemu dengan rakan taulan sekitar sini,” ujarnya ketika ditemui, di sini kelmarin.

Bagi Liong Kok Hoong, 52, peniaga, berdasarkan zodiak kaum Cina, tahun baru 2020 juga dikenali sebagai tahun tikus yang membawa erti tahun ini akan memberi keuntungan, kemakmuran dan kekuatan bagi mereka yang rajin mencari ruang dan peluang untuk memajukan diri.

Pengerusi Parti Amanah Daerah Kemaman, Muzahar Hitam ketika menyampaikan ucapan perasmian

Pengerusi Parti Amanah Daerah Kemaman, Muzahar Hitam ketika menyampaikan ucapan perasmian.

“Sambutan hari ini sangat meriah kerana saya diberi peluang untuk mengendalikan secara bersama dengan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman dan berasa terharu kerana sambutan program masyarakat di sini mendapat sambutan yang menggalakkan dan saya berharap lebih banyak program diadakan di kawasan kami oleh agensi-agensi kerajaan di daerah ini,” katanya.

Ceramah dasar-dasar kerajaan disampaikan Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Othman Abu Bakar

Ceramah dasar-dasar kerajaan disampaikan Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI), Othman Abu Bakar.

Dalam pada itu, Pengerusi Parti Amanah Daerah Kemaman, Muzahar Hitam mewakili Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, menyeru agar perpaduan antara kaum di daerah Kemaman khususnya dikekalkan.

“Melalui perpaduan kaum yang terjalin antara kaum ini kerajaan boleh memacu ekonomi tanpa berlakunya kacau bilau di dalam negara kita yang boleh menggugat ekonomi negara.

Agihan bahan penerbitan oleh kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman

Agihan bahan penerbitan oleh kakitangan Pejabat Penerangan Daerah Kemaman

“Jika perpaduan di negara kita tidak dikekalkan maka ia akan memberi peluang kepada musuh dari luar yang tidak kita kenali membuat huru-hara,” katanya ketika merasmikan majlis, di sini.

Dalam majlis tersebut Penolong Pengarah Cawangan Gerak Saraf dan Pengurusan Isu (GSPI) Jabatan Penerangan Terengganu, Othman Abu Bakar sempat memberikan ceramah yang menekankan agar masyarakat peka akan isu semasa iaitu Koronavirus yang telah meragut nyawa ramai penduduk di negara China.

Bergambar kenangan setelah selesai program

Bergambar kenangan setelah selesai program.

-ii-

Tinggalkan komen anda