
Laporan/Foto: Wee Kim Been (Kota Bharu)
KOTA BHARU,24 Feb (Malaysiaaktif) – Memasarkan dasar – dasar kerajaan supaya mudah difahami dan diterjemahkan kepada golongan sasar tanpa mengira latar belakang dan warna kulit melalui komunikasi bersemuka masih diyakini oleh masyarakat.
Pejabat Penerangan Daerah Kota Bharu dengan kerjasama Komuniti Harapan Malaysia Kebun Sultan berganding bahu menjayakan ‘Program Sepakat Komuniti @ KHM Kebun Sultan Kota Bharu’.
“‘Info On Wheels’ kali ini diketengahkan selaras dengan hasrat serta visi dan misi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) ke arah mempelbagaikan kaedah penyaluran maklumat agar lebih jelas, cepat, tepat, mudah difahami dan diyakini setiap lapisan masyarakat.” kata Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Lim Ann Teck ketika menyampaikan ucapan perasmian Program Sepakat Komuniti @ KHM Kebun Sultan Kota Bharu, semalam.
Tambahnya lagi, program ini juga berperanan menyebar luas secara bersemuka pelbagai inisiatif kerajaan dan dasar – dasar kerajaan melalui pengedaran bahan- bahan penerbitan Jabatan Penerangan berkaitan E-Tunai, Mysalam serta Peka B40 dan langkah- langkah pencegahan Novel Coronavirus.”

Pelbagai insentif menarik dan bermanfaat seperti e- Tunai, PekaB40, mySalam tutut diperjelaskan oleh Pengarah Penerangan Negeri Kelantan.
Pengerusi Komuniti Harapan Malaysia Kebun Sultan Kota Bharu, Andrew Yap, 42, menyifatkan kaedah penyaluran maklumat secara bersemuka begini mudah diingati dan difahami setiap maklumat yang disampaikan dengan lebih jelas.
Sementara itu, Hidayu Hamzah, 46, pula berpendapat melalui komunikasi bersemuka dapat mengeratkan jaringan strategik di antara penyampai maklumat dengan kumpulan sasar.
“Dengan kaedah begini membolehkan saya untuk terus bertanya bagi setiap persoalan dengan segera dan akan mendapat maklum balas yang terkini serta sahih untuk dipanjangkan kepada rakan taulan serta ahli keluarga.”tambahnya.
Majlis Sepakat Komuniti @ KHM Kebun Sultan, dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Kelantan, Lim Ann Teck, hadir sama Pegawai Penerangan Daerah Kota Bharu, Azmee Mohamed Noor.
-NAZ