Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Perjuangan Kemerdekaan Teladan Generasi Muda

By 21 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Salwati Md Zam / Rosli Husain (Melaka)

MELAKA, 21 Feb (Malaysiaaktif) – Sejarah merupakan suatu rentetan peristiwa yang telah berlaku dan berlalu. Namun, maklumat yang tepat tetang sesuatu peristiwa yang bersejarah bagi sesebuah negara dapat memberi gambaran dan pengetahuan yang sebenarnya apa yang telah berlaku atau dialami oleh negara tersebut.IMG-20200221-WA0018

Oleh itu, sempena memperingati peristiwa bersejarah pengisytiharan tarikh kemerdekaan negara di Padang Banda Hilir 64 tahun dahulu, Arkib Negara Malaysia telah mengadakan program Bicara Sejarah yang berlangsung pagi semalam bertempat di Dewan Merdeka, Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, semalam.

Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Omar Jaafar melahirkan rasa bangga apabila ahli panel yang merupakan anak-anak muda yang berilmu, komited dan berpengetahuan dalam membicarakan peristiwa bersejarah negara boleh berkongsi bersama-sama bagi memastikan sejarah perjuangan kemerdekaan serta memperkasa jati diri dan semangat nasionalime terhadapat negara dapat dihayati oleh semua golongan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum.IMG-20200221-WA0016

“Tokoh-tokoh sejarawan veteran akan digantikan dengan tokoh-tokoh muda, inilah yang kita mahukan dan menjadi contoh teladan kepada golongan muda lain supaya sejarah negara tetap terpelihara dan berkembang dengan penemuan-penemuan fakta baharu. Ambilah kesempatan ini sebagai wadah keilmuan kepada kita semua, sebagai sempadan dan pengajaran yang baik dalam membina semangat kenegaraan yang dinamik,” ujarnya.

Program Bicara Sejarah hari ini membawa tokoh-tokoh pembicara yang terdiri dari kalangan ahli akademik iaitu Dr. Muhamad Azwan Abd Rahman dan Encik Mohd Hariszuan Jaharudin.

-KN

Tinggalkan komen anda