Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Sukan Bendang Mendapat Sambutan Luar Biasa

By 24 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/ foto: Muhamad Zaini Dollah/Mohd Faizal Mat Akhir (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 24 Feb (Malaysiaaktif) – Meriah dan penuh gelak tawa antara suasana yang dapat digambarkan apabila warga penduduk kampung Sungai Acheh mengembalikan nostalgia rakyat tentang aktiviti bersawah suatu ketika dahulu dengan menyertai Fiesta Sukan Bendang di Kampung Tok Tuntong, Sungai Acheh baru-baru ini.

Penganjuran pesta selama sehari itu adalah hasil inisiatif dan kerjasama Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan dan Pejabat ADUN Sungai Acheh yang tekah berjaya mengamit dan menarik perhatian penduduk kampung, terutamanya golongan remaja.

Antara acara sukan bendang.

Antara acara sukan bendang.

Lebih 500 pengunjung tanpa mengira usia dari kampung-kampung berdekatan hadir bagi menyaksikan dan menyelami aktiviti kehidupan masyarakat pesawah yang diketengahkan dalam pesta berkenaan.

Ia turut mendapat sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Acheh, Zulkifli Ibrahim yang tanpa segan silu turut sama turun ke bendang bagi sama-sama memeriahkan acara berkenaan.

ADUN Sungai Acheh bersama Pegawai Daerah melawat khemah pameran.

ADUN Sungai Acheh bersama Pegawai Daerah melawat khemah pameran.

Menurut beliau, penganjuran acara seumpama ini mampu memberi pendedahan berguna kepada orang ramai khususnya generasi muda melihat dan merasai pengalaman yang tidak dapat diperoleh di tempat lain.

“Acara sebegini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim sesama peserta dan pengunjung serta dapat membendung gejala tidak sihat di kalangan remaja daripada terjebak dengan gejala yang tidak sihat, antaranya penyalahgunaan dadah dan merempit.”

Di antara acara lain yang menjadi tumpuan.

Di antara acara lain yang menjadi tumpuan.

Dengan sambutan hangat orang ramai terhadap acara yang mengetengahkan aktiviti masyarakat pesawah yang semakin dilupakan itu, pihaknya bercadang menjadikannya ia sebagai program tahunan.

Sebanyak 11 acara disertai pengunjung antaranya lari dalam bendang, panjat tiang licin, pahlawan pukul bantal, menangkap itik, mengukur kelapa dan menangkap ikan keli.

JaPen SPS turut mengambil peluang ini dengan mengedarkan risalah berkaitan inisiatif kerajaan kepada pengunjung.

JaPen SPS turut mengambil peluang ini dengan mengedarkan risalah berkaitan inisiatif kerajaan kepada pengunjung.

Turut serta tidak melepaskan peluang bersama sama merasai kemeriahan ini ialah Jabatan Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan (JaPen SPS) melalui Skuad Mobile JaPen SPS  diketuai Farhani Ismail, Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan untuk memberi informasi terkini dan edaran risalah Pencegahan Covid-19, Inisiatif e- Tunai Rakyat, i- Suri, Pengurangan Kadar Tol 18%, PeKa B40, mysalam dan i-Sejahtera.

-ii-

Tinggalkan komen anda