Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

JDT Miliki Stadium Bertaraf Dunia Di Asia Tenggara

By 23 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Shah Hood/Mohd Najib Mohaini (Johor Bahru)

ISKANDAR PUTERI, 23 Feb (Malaysiaaktif) – Dengan nama jolokan Harimau Selatan, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) kini melakar sejarahnya tersendiri apabila stadium kebanggaan mereka Stadium Sultan Ibrahim telah dilancarkan secara rasmi semalam.

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi kenyataan akhbar yang diedarkan kepada media bertitah tujuh tahun terakhir ini cukup hebat di dalam mahupun luar padang untuk JDT dan pembukaan Stadium Sultan Ibrahim ini menandakan satu lagi sejarah buat Harimau Selatan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan Stadium Sultan Ibrahim.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan Stadium Sultan Ibrahim.

“Sebagai sebuah kelab, JDT telah berkembang pesat sejak dari detik penubuhannya pada tahun 2013.

“Hari ini, kami telah berjaya mengatasi norma biasa dalam persada bola sepak Malaysia dan berusaha untuk mencipta penanda aras yang baharu bagi menaikkan standard dan mencabar batasan di peringkat antarabangsa” titah Tunku Ismail.

Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar berkenan merasmikan Stadium Sultan Ibrahim yang telah dibina di Iskandar Puteri berkeluasan 140,000 meter persegi.

Pertunjukan bunga api di Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim.

Pertunjukan bunga api di Majlis Perasmian Stadium Sultan Ibrahim.

Harimau Selatan semakin berkembang dan melangkaui batasan baik dari luar mahupun dalam padang di bawah kepimpinan Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dan pembukaan stadium ini merupakan satu lagi lembaran baharu dalam sejarah JDT.

Dilengkapi dengan lampu sorot LED yang moden serta lampu bangunan pelbagai ritma dan warna, Stadium Sultan Ibrahim ini menyediakan viewing experience yang baik dan persembahan lampu yang akan membuatkan pengunjung terpesona.

Bangunan Stadium Sultan Ibrahim milik Johor Darul Ta'zim (JDT).

Bangunan Stadium Sultan Ibrahim milik Johor Darul Ta’zim (JDT).

Pembinaan Stadium yang serba canggih ini berkapasiti tempat duduk lebih 35,000 penonton, termasuk lapan bilik korporat elegan yang bertema khas untuk memenuhi pelbagai keperluan hospitaliti.

Stadium Sultan Ibrahim akan mula digunakan dalam aksi pembuka tirai perlawanan Piala Sumbangsih antara JDT menentang juara Piala FA, Kedah pada 28 Februari ini.

Turut berangkat ke upacara itu, Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam.
-NI-

Tinggalkan komen anda