Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

SUKMA XX Johor 2020 : Kemajuan Teknologi Digital

By 16 Februari 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/Najib Mohaini (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 16 Feb (Malaysiaaktif) – Kerajaan Johor akan mengadaptasi konsep kemajuan teknologi dan pembangunan digital dalam penganjuran temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XX Johor 2020.

Menteri Besar Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata semua kemudahan dan infra yang disediakan juga akan mengadaptasi konsep kemajuan teknologi dan pembangunan digital sejajar dengan alaf baharu tahun 2020.

“Semua venue pertandingan sama ada yang melibatkan pembinaan baharu atau dinaik taraf kini sedang giat dilaksanakan dan dijangka siap selewat-lewatnya pada bulan April 2020.

Datuk Sahruddin Jamal ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Cenderamata Rasmi Sukma XX Johor 2020.

Datuk Sahruddin Jamal ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Cenderamata Rasmi Sukma XX Johor 2020.

“Saya yakin dan percaya dengan semangat permuafakatan di antara semua pihak, segala urusan dapat diselaraskan dengan baik serta teratur dan segala persiapan yang diusahakan dapat memberikan impak yang positif,” katanya ketika berucap  menyempurnakan Majlis Pelancaran Cenderamata Rasmi Sukma Johor 2020 di Beletime Danga Bay, di sini semalam.

Tambah beliau, bagi edisi kali ini, Negeri Johor telah bersedia untuk menghadapi temasya ini dengan menyediakan liputan yang komprehensif dengan penglibatan platform digital untuk memberikan maklumat serta keputusan terkini.

“Sebanyak 31 jenis sukan akan dipertandingkan  melibatkan 39 venue sukan yang akan berlangsung di tiga daerah iaitu Johor Bahru, Muar serta Kota Tinggi di mana 434 pingat bakal menjadi rebutan para atlet yang akan bertanding di temasya pada tahun ini,” ujarnya lagi.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd diberikan hak eksklusif pengeluaran cenderamata rasmi SUKMA XX Johor 2020.

Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd diberikan hak eksklusif pengeluaran cenderamata rasmi SUKMA XX Johor 2020.

Dalam majlis yang sama, Datuk Dr Sahruddin Jamal juga telah melancarkan skuad promosi Road To SUKMA yang mana akan mengadakan siri jelajah ke beberapa buah negeri seperti Selangor, Kedah, Melaka, dan Pahang bagi tujuan mempromosikan SUKMA XX Johor 2020.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani, Exco Belia, Sukan, Kebudayaan Negeri Mohd Khuzzan Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Sukan Al-Ikhsan, Vach Pillutla.

-NI-

Tinggalkan komen anda