Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

46 Premis Diwarta Pusat Kuarantin di Selangor

By 23 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohamad Zairin Mohamad Zin (Selangor)

SHAH ALAM, 23 Mac (Malaysiaaktif) – Sebanyak 46 premis di Selangor diwartakan sebagai pusat kuarantin bagi menghadapi pandemik Covid-19 selaras dengan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) berkuat kuasa hari ini.

Premis-premis berkenaan merupakan sebahagian dari 409 lokasi seluruh negara yang telah diwartakan sebagai pusat kuarantin oleh kerajaan bagi menghadapi pandemik Covid-19 ini seperti diumumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

ā€œPada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), Menteri mengisytiharkan tempat yang dinyatakan dalam Jadual sebagai stesen kuarantin,ā€ menurut warta berkenaan.

Senarai stesen kuarantin seluruh Negeri Selangor.

Senarai stesen kuarantin seluruh Negeri Selangor.

-SH

Tinggalkan komen anda