Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

COVID-19 : Jawatankuasa Kerja Khas Penyediaan Pelan Mitigasi Dibentuk Tangani Isu Pergerakan Malaysia-Singapura

By 18 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Nabila Bohari/MEDKOM (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 18 Mac (Malaysiaaktif) – Susulan perkembangan terkini isu Covid-19 dan pengumuman langkah kawalan pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac 2020 oleh Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan negeri telah bersetuju untuk menubuhkan satu Jawatankuasa Kerja Khas Malaysia-Singapura bagi menyediakan pelan Mitigasi bagi menangani isu pergerakan rakyat, barangan dan perkhidmatan Malaysia-Singapura.

Menurut Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, Jawatankuasa Kerja Khas ini akan dipengerusikan secara bersama dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan seorang wakil daripada kabinet Singapura.

“Jawatankuasa Kerja Khas ini diberi mandat untuk menyediakan pelan mitigasi bagi mengurus kepentingan bersama antara Malaysia dan Singapura terutama dalam memastikan kelancaran serta keselamatan pergerakan rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura.

“Jawatankuasa ini juga akan membentangkan cadangan-cadangan yang sesuai kepada Perdana Menteri kedua-dua negara bagi tindakan selanjutnya”, katanya lagi.

Tambah beliau, jawatankuasa ini turut akan memaklumkan perkembangan berhubung isu ini dari semasa ke semasa.

Sehingga semalam, Malaysia telah mencatatkan 120 kes baharu menjadikan keseluruhan kes sebanyak 673 orang di mana kes aktif yang sedang dirawat seramai 622 orang, 49 orang pesakit telah sembuh serta discaj dari hospital serta turut dicatatkan dua kematian akibat wabak Covid-19 ini.

-NI-

Tinggalkan komen anda