Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanLabuan

Kembara Bakti Transformasi Pusat Sumber SK Bukit Kalam

By 19 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Azri Onn (Labuan)

LABUAN, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Program Kembara Bakti berjaya merubah Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kalam dalam membantu meningkatkan keupayaan fungsi pusat sumber sekolah.

Menurut Pengerusi Tetap Jawatankuasa Pusat Sumber Sekolah Persatuan Pustakawan Malaysia, Datin Che Normadiah Che Abbas, program kali ke-11 itu dianjurkan Pertubuhan Komuniti Professional (Community of Practice –COP) Guru Perpustakaan dan Media (Malaysia) dengan kerjasama Sektor Sumber dan Teknologi Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Labuan.

“Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengurusan Pusat Sumber Sekolah secara keseluruhan khususnya dalam pengurusan bahan, fizikal (susun atur dan keceriaan) serta sistem pentadbiran, melahirkan lebih banyak Pusat Sumber Sekolah yang berkualiti dan berfungsi selaras dengan konsep pendidikan bestari serta pembudayaan media dan teknologi pendidikan masa kini.

Proses pengasingan dan pemilihan buku dilakukan peserta program Kumpulan Kembara Bakti.

Proses pengasingan dan pemilihan buku dilakukan peserta program Kumpulan Kembara Bakti.

“Selain itu, ia juga mewujudkan perkongsian pintar dan rangkaian professional yang sama-sama menyumbangkan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang sumber pendidikan serta sebagai usaha meningkatkan lebih banyak Pusat Sumber Sekolah yang diurus mengikut piawaian PSS dan Petunjuk Prestasi yang ditetapkan,” katanya sempena Program Kembara Bakti GPM Malaysia, di sini baru-baru ini.

Guru Besar SK Bukit Kalam Rosli Mohd Ali, berkata peserta yang terlibat menunjukkan komitmen dan kepakaran masing-masing dalam usaha mentransformasikan pusat sumber dengan objektif yang ingin dicapai kumpulan Kembara Bakti 2020.

“Pihak sekolah berasa bangga dan amat berterima kasih di atas usaha yang dilaksanakan dalam tempoh yang singkat tetapi menampakkan hasil yang sukar dipercayai.

“Warga guru dan murid akan memastikan Pusat Sumber SK Bukit Kalam kembali ceria dan mampu menyaingi pusat sumber lain di seluruh negara,” katanya.

-SH

Tinggalkan komen anda