Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

KPM Tangguh Semua Program Sukan dan Kokurikulum Berkuat Kuasa Hari Ini

By 13 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 13 Mac (Malaysiaaktif) – Kementerian Pendidikan (KPM) memutuskan agar semua program melibatkan perhimpunan ramai seperti sukan dan kokurikulum di semua sekolah seluruh negara  ditangguhkan berkuat kuasa hari ini.

Kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, sebarang perubahan terhadap keputusan itu akan dimaklumkan kemudian.

Langkah penangguhan itu dibuat susulan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) yang menggesa semua perhimpunan yang melibatkan jumlah yang ramai ditangguhkan bagi mengekang penularan COVID-19,

“Semua warga KPM juga diingatkan agar mematuhi sepenuhnya Prosidur Operasi Standard (SOP) pengawalan penularan jangkitan COVID-19 yang dikeluarkan KKM.

“Warga KPM juga dinasihat agar menangguhkan perjalanan ke luar negara terutama ke wilayah atau bandar yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19,” menurut kenyataan itu.

KPM mengambil cakna penularan COVID-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala itu.

“Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan semua pihak setiap masa dan sekiranya mengalami gejala jangkitan, mereka diminta menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan,” menurut KPM lagi.

Perkembangan terkini jangkitan COVID-19 boleh diperoleh melalui laman web rasmi KKM.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda