Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Pelajar UITM Positif COVID-19

By 22 Mac 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan: Luqman Hakim (Shah Alam)

SHAH ALAM, 22 Mac ( Malaysiaaktif) – Universiti Teknologi MARA (UiTM) mengesahkan seorang pelajar universiti tersebut positif Covid-19 pada 20 Mac lalu.

Naib Caunselor UiTM, Prof Emeritus Datuk Dr Mohd Azrai Kassim, berkata pelajar berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Pelajar tersebut sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur yang dikesan dijangkiti wabak tersebut melalui ayahnya.

“Ayah pelajar berkenaan mendapat jangkitan Covid-19 daripada saudaranya yang menyertai perhimpunan Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, baru-baru ini,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata, pelajar tersebut telah menghadiri kuliah pada 15 Mac 2020 dan apabila mendapati dirinya positif COVID-19, beliau kemudian memaklumkan kepada pensyarahnya mengenai keadaannya.

“Pihak UiTM telah memaklumkan keadaan pelajar tersebut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pusat Gerakan Covid-19 dan Pusat Kesihatan UiTM.

“Kontak-kontak rapat telah dikenal pasti oleh pihak UiTM dan mereka telah menjalani saringan Covid-19 di Pusat Kesihatan Daerah Kepong.

“UiTM telah melakukan pembersihan dan pembasmian kuman di kelas dan kawasan berkaitan sebagai langkah keselamatan dan pencegahan” ujarnya.

Setakat ini keseluruhan kes pelajar UiTM yang disahkan Positif Covid-19 seramai tiga orang dan sedang menjalani rawatan.

-SH

Tinggalkan komen anda