Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Polis Tutup Beberapa Jalan di Petaling Jaya

By 29 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Luqman Hakim (Shah Alam)/IPD Petaling Jaya

SHAH ALAM, 29 Mac (Malaysiaaktif) – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya bertindak menutup beberapa jalan bermula semalam selepas mendapati masih ramai yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata setelah 12 hari PKP dilaksanakan masyarakat mula peka dengan saranan pihak penguatkuasa namun terdapat segelintir yang masih ingkar dengan arahan tersebut.

Anggota polis dan tentera bertugas 24 jam memastikan orang ramai patuh PKP dan menjaga keselamatan ekoran beberapa jalan ditutup di Petaling Jaya.

Anggota polis dan tentera bertugas 24 jam memastikan orang ramai patuh PKP dan menjaga keselamatan ekoran beberapa jalan ditutup di Petaling Jaya.

“Masih ada lagi individu yang ingkar dan mengambil kesempatan ke atas laluan-laluan alternatif bagi mengelakkan enam sekatan jalan raya yang telah dilaksanakan” katanya dalam satu kenyataan semalam.

“Sehubungan itu, pihak IPD Petaling Jaya telah menutup empat laluan iaitu Jalan Gasing 5/45 Gasing Indah, Jalan Persiaran Mahogani di Seksyen 9, Jalan Persiaran Jati Seksyen 8 dan Jalan Persiaran Sg. Buloh.

“Jalan Gasing Indah merupakan laluan yang menghubungkan Sri Petaling melalui Pantai Dalam ke Petaling Jaya dan keputusan menyekat jalan ini disebabkan kes yang terkini di Sri Petaling berbanding dengan Petaling Jaya,” katanya.

Beberapa jalan di Petaling Jaya ditutup susulan masih ramai yang ingkar PKP.

Beberapa jalan di Petaling Jaya ditutup susulan masih ramai yang ingkar PKP.

Selain itu, menurut Nik Ezanee, di Kota Damansara laluan yang ditutup adalah sempadan Kota Damansara dan Sungai Buloh berikutan statistik jangkitan Wabak Covid-19 kian meruncing di kawasan berkenaan.

“Lencongan dibuat bagi mengawal pergerakan bebas masyarakat yang masih enggan mematuhi PKP, namun ianya masih boleh digunakan untuk kenderaan ambulan, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan polis.

“Seramai empat anggota Sentri ditugaskan bagi mengawal keselamatan di setiap penutupan jalan ini selama 24 jam,” ujarnya.

-SH

Tinggalkan komen anda