Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Seimbang Untuk Sejahtera

By 9 Mac 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Musliha Yusof (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 9 Mac (Malaysiaaktif) – ‘Seimbang Untuk Sejahtera’, tema sambutan Hari Wanita Peringkat Negeri Johor 2020 yang memberi pengiktirafan kepada golongan wanita dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, kebudayaan dan politik.

Timbalan Naib Cancelor (Hal Ehwal Pelajar) Universiti Teknologi Malaysia, Dr. Durishah Idrus berkata, sikap saling memaafkan antara ahli keluarga merupakan langkah terbaik dalam menghapuskan tekanan yang mana ia boleh menjejaskan emosi sehingga mampu mengganggu gugat kebahagiaan di dalam sesebuah keluarga itu.

“Wanita yang bijak mampu menyeimbangkan segala masalah dengan mengamalkan konsep Rumahku, Syurgaku serta cuba memahami pasangan masing-masing.

Najmah Mohd Salleh berpendapat bahawa peranan wanita adalah amat penting dalam mencorakkan sesebuah keluarga.

Najmah Mohd Salleh berpendapat bahawa peranan wanita adalah amat penting dalam mencorakkan sesebuah keluarga.

“Gaya hidup seorang yang sihat perlu selaras dengan keadaan fizikal, mental, rohani dan sosial seterusnya mampu membentuk suasana yang sejahtera di mana peranan wanita amat jelas dalam memupuk suasana ini dalam sesebuah keluarga,” katanya ketika sesi Forum Wanita di Atrium, Komtar Johor Bahru City Centre (JBCC), di sini, semalam.

Forum Wanita yang dikendalikan oleh Aminuddin Alias selaku moderator, turut disertai oleh Pakar Perubatan Keluarga, Dr. Sakinah Sulong dan Pengarah Vision Consultant Mohd Hanuar Mohd Taib.

Usahawan makanan, Najmah Mohd Salleh, 56, berpendapat peranan wanita adalah amat penting dalam mencorakkan sesebuah keluarga.

Maisarah berpendapat bahawa golongan wanita perlu seimbangkan urusan kehidupan bagi mencapai kesejahteraan.

Maisarah berpendapat bahawa golongan wanita perlu seimbangkan urusan kehidupan bagi mencapai kesejahteraan.

“Saya percaya sikap tolak ansur dan sabar mampu membentuk kesejahteraan yang tiada tolok bandingannya di dalam kehidupan bermasyarakat dan berkeluarga.

“Wanita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan keluarga dan perpaduan demi kesejahteraan masyarakat,” ujarnya lagi.

Seorang pengunjung yang ditemui, Maisarah Mohd, 21, turut bersetuju bahawa peranan wanita adalah penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera.

“Jika kita lihat, pada masa kini, kebanyakan golongan wanita telah menceburi pelbagai bidang pekerjaan dan peranan mereka tidak lagi terhad sebagai ibu ataupun suri rumah tangga sahaja.

Datin Paduka Habibah Endon berkongsi cerita mengenai cara beliau menyeimbangkan kerjaya dengan urusan keluarga.

Datin Paduka Habibah Endon berkongsi cerita mengenai cara beliau menyeimbangkan kerjaya dengan urusan keluarga.

“Malah mereka juga terlibat sebagai pemacu fasa kemajuan ekonomi negara melalui bidang keusahawanan serta profesional dan saya percaya golongan wanita perlu seimbangkan segala urusan kehidupan bagi mencapai kesejahteraan yang diimpikan,” katanya lagi.

Konsep wasatiyyah merupakan kesederhanaan yang perlu diamalkan secara praktikal dalam kehidupan harian bagi membentuk satu kehidupan yang harmoni dan kaum wanita digalakkan untuk mengamalkan keseimbangan dalam menunaikan hak dan tanggungjawab yang mana tidak berlebih-lebihan dengan sesuatu tugasan dengan mengabaikan tanggungjawab yang lain.

Turut hadir, Datin Paduka Habibah Endon, seorang pesara yang pernah berkhidmat sebagai Pegawai Daerah Mersing di mana beliau turut berkongsi mengenai cara menyeimbangkan di antara kerjaya dengan keluarga.

Seramai 200 orang telah hadir memeriahkan program ini yang terdiri daripada kakitangan awam, swasta, peniaga dan penduduk setempat.

-NI-

Tinggalkan komen anda