Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Seringgit Sehari Jaminan Masa Depan Lestari

By 11 Mac 2020Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Nur Shafira Mat Hussin (Pasir Puteh)

PASIR PUTEH, 11 Mac ( Malaysiaaktif) – Risau dibebani hutang apabila melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi menjadi persoalan yang kerap bermain di fikiran ibu bapa, namun dengan simpanan tabungan serendah seringgit sehari akan menjamin masa depan yang lebih lestari kepada anak-anak.

Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan pendidikan tinggi.

Menurut Ketua Pegawai Operasi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Mastura Mohd Khalid berkata bayi seawal umur satu hari sudah boleh didaftarkan oleh ibu bapa untuk Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) atau SSPN-i Plus yang dilancarkan sejak tahun 2015.

“Simpanan dan tabungan SSPN ini merupakan produk PTPTN yang patuh syariah untuk perancangan kewangan bagi pendidikan tinggi anak-anak.

“Dengan hanya RM1 sehari atau RM30 sebulan menerusi SSPN-i Plus, penabung layak menerima kelebihan manfaat seperti kematian atau ilat kekal akibat kemalangan sehingga RM40, 000, khairat kematian sebanyak RM2,500 dan elaun kemasukan ke hospital sebanyak RM20 sehari.

“Had umur untuk membuka akaun SSPN ini bermula seawal umur satu hari hingga 29 tahun, tambahan pula kini syarat bagi memohon pinjaman PTPTN mewajibkan peminjam untuk mempunyai akaun SSPN.

Muhammad Hilmi Abdullah menerima plak simbolik sumbangan

Muhammad Hilmi Abdullah menerima plak simbolik sumbangan

“PTPTN sangat menggalakkan ibu bapa atau pendeposit untuk mengamalkan budaya menabung bagi persediaan masa hadapan anak-anak mereka, maka pelbagai promosi dilaksanakan supaya masyarakat yang berada diluar bandar juga mempunyai kesedaran tinggi untuk menabung demi masa depan pendidikan yang cerah dan terjamin buat anak-anak.” Menurut Puan Mastura yang ditemui ketika hadir di Majlis Penyampaian Buku Rujukan & Tabung SSPN-i Sumbangan PTPTN di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Pasir Puteh dekat sini.

“Program ini merupakan suatu bentuk tanggungjawab sosial PTPTN kepada masyarakat bagi membantu dan menggalakkan ibu bapa supaya lebih cakna untuk menabung demi masa depan generasi mereka.” ujar beliau lagi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Muhammad Hilmi Abdullah, 17, yang ditemui pula berkata beliau bersyukur dan berterima kasih kepada PTPTN di atas sumbangan yang diberikan.

Hadir sama dalam majlis tersebut adalah Pengurus Besar Pejabat PTPTN Negeri Kelantan, Mohd Azrul Akmal Mamat dan Pengerusi Program PTPTN dengan kerjasama Kelab Cakna Belia Selising, Datuk Kamaruddin Mohd Nor.

Seramai 100 orang pelajar terpilih dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa, Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Maharaja dan Sekolah Menengah Kebangsaan Selising menerima baucar RM100 seorang berbentuk buku rujukan dan pendaftaran akaun SSPN-i berjumlah RM20.

-NAZ

Tinggalkan komen anda