
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 19 Mac (Malaysiaaktif) – Anggota tentera mungkin akan dikerahkan sekiranya tahap pematuhan rakyat terhadap Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung wabak Covid-19 kekal berada di tahap rendah.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ini antara cadangan diketengahkan pada mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-menteri mengenai perintah berkenaan.
Bagaimanapun, beliau berkata setakat ini kerajaan yakin polis masih mampu membuat kawalan.
— BERNAMA