Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanJohor

Tragedi RAPID Pengerang : MB Johor Rakam Ucapan Takziah

By 17 Mac 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shah Hood/MEDKOM (Johor Bahru)

KOTA ISKANDAR, 17 Mac (Malaysiaaktif) – Kerajaan Johor merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa insiden kebakaran Diesel Hydro Treater Unit di Pengerang, Kota Tinggi.

Menurut Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan kepada media, beliau telah diberi taklimat oleh pihak Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS) berhubung kejadian yang berlaku di RAPID Pengerang di mana pihak PETRONAS akan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kejadian yang berlaku ini.

“Saya telah diberikan taklimat oleh PETRONAS bahawa keadaan Kompleks Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) berada dalam keadaan terkawal dan YAB Perdana Menteri juga telah diberi pemakluman mengenai situasi terkini di RAPID Pengerang.

Datuk Hasni Mohammad berterima kasih kepada pihak yang berwajib yang terlibat dalam menangani tragedi ini.

Datuk Hasni Mohammad berterima kasih kepada pihak yang berwajib yang terlibat dalam menangani tragedi ini.

“Saya yakin bahawa PETRONAS, sebagai sebuah syarikat multi-nasional yang disegani ramai telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi mengawal insiden ini,” katanya lagi.

Beliau juga berterima kasih kepada pihak berwajib atas tindakan yang cepat dan cekap dalam menangani tragedi ini.

Kejadian yang berlaku pada jam 10.30 malam, 15 Mac (Ahad) lepas, telah mengorbankan lima nyawa setakat ini di mana salah seorang mangsa telah berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi masih menjalani rawatan di hospital berdekatan.

Jumlah keseuruhan mangsa yang terlibat dalam kejadian itu adalah seramai tujuh orang.

-NI-

Tinggalkan komen anda