Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Bayaran Caruman Wajib Bagi April 2020 Dilanjutkan Kepada 30 April

By 14 April 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

PUTRAJAYA, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini melanjutkan lagi tarikh membuat bayaran caruman wajib bagi gaji Mac untuk caruman April 2020 dari 24 April kepada 30 April, 2020.

Ketua Pegawai KWSP, Alizakri Alias berkata keputusan itu dibuat selepas menerima maklum balas dan permintaan daripada majikan supaya melanjutkan tarikh bayaran caruman hingga akhir bulan ini.

“Biasanya, majikan diwajibkan membuat bayaran caruman KWSP sebelum atau pada 15 hari bulan setiap bulan, tetapi semalam KWSP telah mengumumkan tarikh bayaran dilanjutkan kepada 24 hari bulan.

“Bagaimanapun setelah menerima maklum balas daripada majikan, tarikh itu telah dilanjutkan lagi kepada 30 April,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata majikan boleh membuat bayaran caruman tersebut melalui portal i-Akaun (Majikan) dalam laman sesawang KWSP, perbankan Internet atau di kaunter bank yang dilantik.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda