Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pesawat A400M TUDM Terbang Lagi

By 14 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

Laporan/foto: Syed Hisham Shah (Putrajaya)/TUDM

PUTRAJAYA, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) komited memberikan komitmen kepada kerajaan dan juga agensi-agensi terlibat dalam usaha memerangi COVID-19 dengan melaksanakan penerbangan amal menghantar keperluan barang perubatan dan kesihatan ke negeri Sarawak dan Sabah dalam memastikan fasiliti kesihatan di kedua-dua negeri tersebut sentiasa mencukupi dalam usaha memerangi wabak COVID-19 di negara ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, Pesawat A400M dari No 22 Skn yang berpangkalan di Pangkalan Udara Subang berlepas 7.00 pagi tadi dan selamat tiba di Pangkalan Udara Kuching bagi menurunkan barang-barang keperluan bagi negeri Sarawak.

Barang-barang keperluan untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan dan rakyat Sabah dan Sarawak.

Barang-barang keperluan untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan dan rakyat Sabah dan Sarawak.

“Barang-barang yang dihantar ini terdiri daripada spesimen klinikal tambahan dan keperluan peralatan Kelengkapan Perlindungan Diri (PPE) kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi kegunaan petugas perubatan.

“TUDM turut membawa bekalan penutup hidung dan mulut sebanyak 19,000 ribu keping yang disalurkan oleh Kerajaan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi kegunaan kumpulan barisan hadapan mendepani pandemik COVID-19 di Sarawak dan Sabah,” menurut kenyataan tersebut.

Selesai membuat penghantaran di Pangkalan Udara Kuching, pesawat
kemudiannya meneruskan penerbangan ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu bagi penghantaran barang-barang untuk negeri Sabah.

Penerbangan dikendalikan Mejar Mohd Shafique Mohd Amin selaku juruterbang dan dibantu oleh Kapten Syahmi Nazri selaku juruterbang bersama tiga anak kapal.

Tinggalkan komen anda