Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

COVID-19 – Berkolaborasi Bersama Hulurkan Bantuan

By 5 April 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 5 April (Malaysiaaktif) – Kolej Komuniti Bukit Mertajam (KKBM) melaksanakan Program Bantuan Kemanusiaan KKBM COVID-19 dengan kerjasama Belia 4B Pulau Pinang dalam menyediakan pakaian perlindungan diri (PPE).

Kakitangan KKBM sedang berusaha menyiapkan pelindung kepada dan sarung kasut untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Kakitangan KKBM sedang berusaha menyiapkan pelindung kepala dan sarung kasut untuk kegunaan petugas barisan hadapan.

Pengerusi Belia 4B Pulau PinangHilmi Alias, berkata kerjasama di antara KKBM dan Belia 4B Pulau Pinang ini adalah komitmen bersepadu yang amat penting untuk membantu petugas barisan hadapan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Program Bantuan Kemanusiaan KKBM COVID-19 dengan kerjasama Belia 4B Pulau Pinang dalam menyediakan Personal Protective Equipment (PPE).

Program Bantuan Kemanusiaan KKBM COVID-19 dengan kerjasama Belia 4B Pulau Pinang dalam menyediakan PPE untuk diedarkan kepada petugas barisan hadapan.

“Sebanyak 120 pasang penutup kepala dan 114 pasang sarung kasut telah berjaya dihasilkan. Hasil projek ini juga akan diserahkan kepada Klinik Kesihatan Seberang Jaya dengan Belia 4B Pulau Pinang akan turut membantu mengedarkannya.

Penutup kepala dan sarung kasut yang telah siap telah diserahkan kepada Belia 4B Pulau Pinang untuk diserahkan kepada Klinik Kesihatan Seberang Jaya.

Penutup kepala dan sarung kasut yang telah siap telah diserahkan kepada Belia 4B Pulau Pinang untuk diserahkan kepada Klinik Kesihatan Seberang Jaya.

“Kami berharap dan berdoa agar sumbangan ini dapat membantu memberikan lebih keselesaan kepada petugas untuk menjalankan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.

-ii-

Tinggalkan komen anda