
PUTRAJAYA, 12 Apr (Malaysiaaktif) – Zon merah COVID-19 kekal 26 daerah, setakat 12 tengah hari semalam, dengan Lembah Pantai masih merekodkan jumlah kesĀ tertinggi positif COVID-19, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).
Berdasarkan infografik CPRC KKM yang dikongsikan melalui media sosial rasmi KKM hari ini,Ā daerah berkenaan merekodkan 459 kes.
Selain Lembah Pantai, daerah Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatatkan kes kedua dan ketiga tertinggi dengan 378 dan 335 kes.
Zon merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.
Negeri Selangor masih mencatatkan bilangan kes positif COVID-19 tertinggi iaitu 1,183Ā kes manakala kes terendah di Labuan iaitu 15Ā kes.
Sementara itu, Malaysia mencatatkan kedudukan kekal dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, iaituĀ negara menghuni tangga ke-34 semalam (11Ā April) dengan 4,530Ā kes positif dan 73Ā kematian.
Dalam pada itu, lima daerahĀ kini didapati menghampiriĀ zon merah dengan jumlah kes menghampiriĀ 41.
Daerah berkenaan ialahĀ Muar (40 kes), Seberang Perai Tengah danĀ Lahad Datu (38 kes) serta Kuala Muda dan Kota Kinabalu (35 kes).
Setakat semalam, sebanyak 1,696,323 kes COVID-19 dicatatkan di seluruh dunia dengan 102,672 jumlah kes kematian.
— BERNAMA