Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Ganja Dalam Roti Canai

By 14 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

GOMBAK, 14 Apr (Malaysiaaktif) – Taktik licik pengedar dadah yang menyelitkan plastik dipercayai ganja di dalam gulungan roti canai terbongkar apabila dapat dihidu penghantar makanan, semalam.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe, berkata pengadu yang berusia 31 tahun itu memaklumkan beliau menerima pesanan melalui aplikasi Bungkusit daripada seorang lelaki di Tropicana Petaling Jaya.

“Pengadu adalah pekerja Bungkusit telah menerima pesanan melalui aplikasi Bungkusit daripada seorang lelaki di Tropicana Petaling Jaya untuk hantar satu bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

“Semasa berada di kawasan Gombak, pengadu telah membuka bungkusan itu kerana merasa tidak sedap hati mendapati bungkusan itu mengandungi roti canai dan dua plastik lutsinar disyaki dadah.

“Pengadu membuat laporan polis di Balai Polis Gombak, kes ini disiasat di bawah seksyen 6 (Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan usaha untuk kesan suspek sedang dijalankan,” katanya.

Sebelumnya, viral di Facebook milik Ahmad Ezzuan Shah yang menyatakan dirinya ‘terkena’ dengan pelanggan ketika menghantar makanan.

Ahmad Ezzuan Shah dalam statusnya memuat naik tiga keping gambar yang memaparkan roti canai yang diselitkan dua plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja termasuk laporan polis yang dibuatnya.

“Langit tidak selalunya cerah, hari ni aku pulak yang terkena.. Ingatkan masa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) boleh buat ‘part time’grab dan bungkusit, dapat juga menabung duit nak kahwin,” kata beliau di status facebooknya.

-NAZ

Tinggalkan komen anda