Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Isu Haji: Zulkifli Adakan Pertemuan Dengan Kedutaan Arab Saudi Selasa Ini

By 3 April 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: FB Datuk Dr Zulkifli al-Bakri

PUTRAJAYA,┬á3 Apr (Malaysiaaktif) –┬á┬áMenteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan mengadakan pertemuan dengan┬áDuta Arab Saudi ke Malaysia┬áDatuk Dr Mahmoud Hussien Saeed Qattan minggu hadapan bagi membincangkan mengenai┬áperjalanan haji tahun ini.

Zulkifli berkata, beliau akan membuat kunjungan hormat itu pada 7 April bagi membincangkan situasi terkini isu haji dan berharap ia akan memberi manfaat kepada semua.

“Kita akan┬ábincang apakah langkah yang terbaik dan dapatkan maklumat yang terkini dan terakhir berkenaan dengan isu ini, selepas itu barulah kami akan buat kenyataan,” katanya dalam program Jendela Fikir: Ujian & Hikmah COVID-19 yang siarkan menerusi Bernama Radio di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Muhammad Saleh Taher Banten yang telah meminta negara di seluruh dunia menunggu dahulu daripada membuat persediaan akhir mengerjakan haji tahun ini sehingga keadaan wabak COVID-19 pulih.

Dalam temu bual dengan TV al-Ikhbaria, Muhammad Saleh turut berkata wang akan dikembalikan kepada mereka yang sudah mendapat visa umrah, tetapi tidak dapat melaksanakannya disebabkan langkah berjaga-jaga yang sedang diambil kerajaan Arab Saudi.

Sementara itu, Zulkifli turut menasihatkan masyarakat supaya melakukan perkara-perkara yang bermanfaat sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Katanya, umat Islam diseru memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir dan solat jemaah di rumah.

Dalam pada itu, bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu sekali lagi menyeru jemaah yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling di sini supaya melakukan pemeriksaan kesihatan.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda