Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Jualan Pasar Segar Terkawal Dapat Sambutan

By 9 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Noorezrin Mahmod (Jempol)/Media FAMA

JEMPOL, 9 Apr (Malaysiaaktif) – Buat pertama kalinya selepas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuatkuasa, jualan pasar segar dibenarkan beroperasi di tapak Pasar Tani Kekal (PTK) Bandar Seri Jempol, di sini.

Ianya dibenarkan beroperasi pada setiap hari Selasa dan Jumaat sepanjang PKP dilaksanakan.

Menurut Pegawai FAMA Daerah Jempol, Abdul Kudus Abdullah, pasar segar terkawal ini hanya melibatkan operasi jual beli secara pandu lalu sahaja dan pengunjung perlu disaring terlebih dahulu oleh anggota RELA sebelum memasuki kawasan pasar.

“Adalah amat penting kepada kami untuk memastikan setiap pengunjung dalam keadaan sihat dan baik,” ujarnya.

Tambah beliau lagi, setiap kenderaan hanya diberi masa lima minit untuk berusniaga dan tidak dibenarkan untuk turun daripada kenderaan masing-masing, serta bagi melancarkan lagi urusan jual beli, perkhidmatan pesanan barangan melalui aplikasi Whatsapp turut diperkenalkan.

WhatsApp Image 2020-04-09 at 13.44.29

Anggota RELA memriksa suhu badan pengunjung sebelum dibenarkan masuk ke kawasan pasar.

“Seramai lapan usahawan produk terpilih seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ikan segar, ayam, daging serta barangan runcit terlibat dengan operasi pasar segar ini dan harga jualan adalah dibawah kawalan pihak FAMA.

“Kerjasama agensi kerajaan yang lain seperti Majlis Perbandaran Jempol dan juga Pejabat Daerah Jempol dalam memastikan pasar ini berjalan lancer dan teratur turut dihargai oleh pihak kami,” katanya.

Dalam pada itu, orang ramai rata-rata berpuas hati dengan perkhidmatan yang diberikan kerana ianya merupakan satu keperluan dan konsep pandu lalu yang dibuat adalah amat bertepatan bagi mengekang penularan virus COVID-19.

Operasi pasar segar terkawal ini turut mendapat perhatian Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian Dan Industri Asas Tani Negeri Sembilan, Bakri Sawir yang turut mengadakan lawatan bersama Pegawai Daerah Jempol, Pengarah FAMA Negeri Sembilan dan Yang Di-Pertua Majlis Perbandaran Jempol.

-AK

Tinggalkan komen anda