Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Kerajaan Terengganu Bantu Penggiat Industri Pelancongan

By 13 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad (Terengganu)

KUALA TERENGGANU , 13 Apr (Malaysiaaktif) – Kerajaan Negeri Terengganu akan menyediakan peruntukan khas kepada penggiat industri pelancongan negeri ini bagi memastikan mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 terbela.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Ariffin Deraman, berkata pihaknya telah mengenalpasti seramai 199 penggiat pelancongan layak menerima bantuan wang tunai secara sekali beri tidak lama lagi.

“Jumlah peruntukan untuk membantu golongan itu akan diputuskan oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar dalam masa terdekat,” tambah beliau.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman.

“Bantuan yang disalurkan itu adalah sebahagian daripada tindakan segera dan utama pelan strategik pelancongan dalam usaha mengembalikan kerancakan ekonomi dalam sektor pelancongan di Terengganu”, katanya pada sidang media Pelan Cakna Rakyat Dalam Menangani Wabak COVID-19 Bagi Sektor Pelancongan di sini semalam.

Beliau berkata, daripada jumlah penerima itu, seramai 48 adalah pengayuh beca, 17 (pemandu bot penambang), 35 (malim gunung) dan 99 pemandu pelancong bandar serta pemandu pelancong alam semulajadi.

Katanya, kerajaan negeri sedar industri pelancongan, peruncitan dan penerbangan paling terjejas teruk dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman (tiga dari kanan) bersama wakil penggiat industri pelancongan pada pada sidang media Pelan Cakna Rakyat Dalam Menangani Wabak COVID-19 Bagi Sektor Pelancongan di Kuala Terengganu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman (tiga dari kanan) bersama wakil penggiat industri pelancongan pada sidang media Pelan Cakna Rakyat Dalam Menangani Wabak COVID-19 Bagi Sektor Pelancongan di Kuala Terengganu.

Menurutnya lagi, Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu telah merangka pelan rangsangan serta pelan strategi pelancongan dalam usaha meningkatkan semula sektor pelancongan negeri dengan menangani impak COVID-19 selain melestari pelancongan dalam tempoh wabak ini.

Ariffin menambah, pelan strategik lain yang telah disusun oleh kerajaan negeri antaranya ialah meyakinkan kepada pelancong bahawa Terengganu adalah tempat selamat untuk dikunjungi apabila pandemik COVID-19 berakhir nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman (tengah) menyampaikan `placard' sumbangan bantuan COVID-19 kepada wakil penggiat industri pelancongan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri, Ariffin Deraman (tengah) menyampaikan cek cura sumbangan bantuan COVID-19 kepada wakil penggiat industri pelancongan.

Beliau turut yakin sektor pelancongan akan terus berkembang kesan promosi yang diperhebatkan oleh kerajaan negeri melalui media seperti media cetak, elektronik dan media sosial selepas pandemik COVID-19 berlalu.

-ii-

Tinggalkan komen anda