Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Tular Minta Pengunjung Pasar Borong Ipoh Buat Saringan Kesihatan Tidak Benar

By 13 April 2020Tiada komen2 minit bacaan

PUTRAJAYA, 13 Apr (Malaysiaaktif) – Mesej tular mendakwa Kementerian Kesihatan mengarahkan mana-mana individu yang ke pasar borong Ipoh baru-baru ini agar membuat saringan COVID-19 adalah tidak benar.

Perkara itu dinyatakan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dengan memuat naik mesej tular itu di laman sosial beliau dan menandakan ia sebagai ‘palsu’.

Mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp itu meminta sesiapa yang ke pasar borong pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad lepasĀ untuk pergi ke hospital atau klinik kesihatan berdekatan bagi membuat ujian saringan COVID-19 kerana berkemungkinan dijangkiti wabak itu.

Dalam perkembangan lain, Pengarah Kesihatan Negeri PerakĀ Datuk Dr Ding Lay Ming menafikan kematian seorang lelaki warga Indonesia di Kampung Selamat, Sitiawan semalamĀ adalah akibat jangkitan COVID-19.

Beliau berkata ujian COVID-19 yang dijalankan ke atas lelaki berumur 42 tahun itu di makmal Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini pada pukul 9.47 malam tadi adalah negatif bagi jangkitan itu.

Beliau berkata berdasarkan siasatan pihaknya, lelaki itu demam, hilang selera makan serta sukar bergerak sejak Jumaat lepas dan seorang doktor swasta yang merawatnya di rumah mengesyaki beliau mengalami masalah radang otak atau meningitis.

“Kesihatan lelaki itu semakin merosot dan ditemukan tidak bernafas pada pukul 3.00 pagiĀ sebelum disahkan meninggal dunia padaĀ 6.33 pagi hari yang sama di Hospital Seri Manjung,” katanya dalam satu kenyataan di sini, malam tadi.

Sementara itu, Dr Ding berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kinta telah menjalankan siasatan terhadap mesej tular yang mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengarahkan mana-mana individu ke pasar borong Ipoh baru-baru ini agar membuat saringan COVID-19.

Beliau berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang arahan sedemikian selain menegaskan bahawa tiada sebarang kes COVID-19 dikaitkan dengan pengunjung pasar borong.

Justeru, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengelakkan diri daripada mempercayai dan menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kerisauan masyarakat.

ā€œJabatan Kesihatan Negeri Perak juga menyeru agar orang ramai lebih prihatin dan hanya mendapatkan maklumat sahih daripada KKM dari semasa ke semasa,ā€ katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda