
Foto: Markas Angkatan Tentera Malaysia
PUTRAJAYA, 1 Apr(Malaysiaaktif) –Ā Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menafikan dakwaan seorang individu yang dikatakanĀ dipukul dan dicederakan oleh anggota pasukan keselamatan itu, ketika melaksanakan tugas penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), bagi membendung wabakĀ COVID-19.
Panglima ATMĀ JenĀ Tan Sri Affendi Buang menegaskan, dakwaan yang tular di media sosial itu adalah berita palsuĀ dan mereka yang menyebarkannya, boleh didakwa mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
āGambarĀ tular berkenaan merupakanĀ kejadian yang dilaporkan dalam Facebook Govt. Commerce College, Chittagong, Bangladesh bertarikh 17 Julai 2019.
āMasyarakat diminta berhenti menyebarkannya serta-merta, kerana mesej atau informasi itu boleh mencetuskan kebimbanganĀ dalam kalangan rakyat,ā katanya dalamĀ kenyataan, di sini, hari ini.
Affendi berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berhubungĀ PKP, melaluiĀ Telegram Majlis Keselamatan Negara (MKN) di pautanĀ https://t.me/MKNRasmi.
Terdahulu, tular di media sosialĀ beberapa keping gambar dan audio, yang mendakwa seorang lelaki cedera dipukul oleh anggota tentera, kerana mengingkari PKP.
— BERNAMA