Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKP: Khidmat Tren ERL Terus Ditangguhkan

By 24 April 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 24 Apr (Malaysiaaktif) – Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan perkhidmatan trennya akan terus ditangguhkan buat sementara sehingga hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

ERL dalam satu kenyataannya hari ini menyatakan jadual baharu boleh diperoleh di www.KLIAexpress.com dan KLIA Ekspress Facebook sekurang-kurangnya tiga hari sebelum akhir tempoh PKP bagi menyediakan perkhidmatan tren yang penting kepada pengguna dan penumpang.

“Langkah sedang diusaha bagi memastikan jarak sosial dipatuhi oleh penumpang sebaik perkhidmatan itu disambung semula dan penumpang boleh mengemukakan tiket yang belum digunakan untuk diganti semula menerusi kaunter pertanyaan pelanggan,” menurut kenyataan itu.

Untuk pertanyaan bagi pemulangan semula wang dan bantuan lain, sila hubungi talian 03-22678000 dari Isnin hingga Jumaat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda