
PUTRAJAYA, 26 Apr (Malaysiaaktif) – Sebanyak 407 kes malaria zoonotik dilaporkan di Sabah setakat 18 April ini, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) Datuk Dr Christina Rundi.
Beliau dalam kenyataan di sini hari ini berkata daripada kes itu, satu kes merupakan kes import iaitu jangkitan dari luar negara manakala dua kes ialah ‘introduced’ dan satu kes ‘induced’.
“Jumlah kes yang dilaporkan pada tahun ini merupakan pengurangan sebanyak 43 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas,” katanya.
Dr Christina berkata sejak 2018, tiada jangkitan malaria manusia tempatan dilaporkan di negeri ini.
Katanya, sempena sambutan Hari Malaria Sedunia dengan tema ‘sifar malaria bermula dari kita’ pada setiap 25 April, perlu menjadi azam untuk menghapuskan atau mensifarkan malaria.
— BERNAMA