Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu Cecah RM3.8 Juta

By 5 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Shuhaimi Ahmad/Media Pejabat Menteri Besar Terengganu (Terengganu)

KUALA TERENGGANU, 5 Apr (Malaysiaaktif) – Tabung Bantuan COVID-19 Terengganu yang dilancarkan oleh kerajaan negeri baru-baru ini kini mencecah RM3.8 juta.

Tabung Bantuan COVID-19 menerima sumbangan RM2.5 juta iaitu masing masing RM1 juta daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Terengganu Incorporated, manakala RM500,000.00 daripada Konsortium KAJV Sdn.Bhd.

Sumbangan diterima oleh Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokthar pada majlis ringkas di Kediaman Seri Iman, Kuala Terengganu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri (kanan) menerima cek berjumlah RM1 juta daripada Ketua Perkhidmatan Pengguna Terengganu Tenaga Nasional (Bahagian Retail), Mohd Nazri Putih.

Ahmad Samsuri (dua dari kanan) menerima cek berjumlah RM1 juta daripada Ketua Perkhidmatan Pengguna Terengganu Tenaga Nasional (Bahagian Retail), Mohd Nazri Putih (tiga dari kiri).

Ketua Perkhidmatan Pengguna Terengganu Tenaga Nasional,  Mohd Nazri Putih menyerahkan sumbangan bagi pihak TNB, manakala Terengganu Incorporated diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Wan Ahmad Rudirman Wan Razak.

Ahmad Samsuri, berkata kerajaan negeri amat mengalu-alukan sumbangan terutama daripada syarikat korporat bagi sama-sama membantu menangani pandemik Covid-19 selain membantu rakyat yang terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (KPK) yang dijangka sehingga 14 April depan.

Katanya, kerajaan negeri turut memperkenalkan Pakej Rangsangan Terengganu Cakna Fasa Empat untuk mengurangkan beban rakyat Terengganu yang terjejas akibat wabak pandemik Covid-19.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri (kanan) menerima cek berjumlah RM1 juta daripada Presiden dan Ketua Pegawai Terengganu Incporated , Wan Ahmad Rudirman .

Ahmad Samsuri (kanan) menerima cek berjumlah RM1 juta daripada Presiden dan Ketua Pegawai Terengganu Incporated , Wan Ahmad Rudirman (dua dari kiri).

Antara mereka yang layak untuk menerima insentif melalui pakej rangsangan itu ialah peniaga kecil, buruh, petani, peneroka, pemandu teksi, pengusaha beca dan seumpamanya yang akan dikenal pasti melalui Pusat Khidmat Masyarakat dengan kerjasama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Sementara itu, Wan Ahmad Rudirman berkata, selain sumbangan itu, Terengganu Incorporated turut memperuntukkan RM12, 000.00 melalui Majlis Belia Negeri Terengganu untuk membeli barangan keperluan harian bagi 140 keluarga yang telah dikenalpasti.

Mohd Nazri pula berharap sumbangan daripada TNB itu dapat dimanfaatkan bagi membantu golongan yang terjejas di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri (kanan) menerima cek berjumlah RM500,000.00 daripada wakil Konsortium KAJV Sdn.Bhd.

Ahmad Samsuri (kanan) menerima cek berjumlah RM500,000.00 daripada wakil Konsortium KAJV Sdn.Bhd.

Katanya, TNB berasa terpanggil untuk sama-sama berkorban demi negara dalam menghadapi suasana sukar seperti sekarang dan berdoa agar negara kita kembali aman seperti sedia kala.

-ii-

Tinggalkan komen anda