Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Teknologi Dron Bantu Pergiat Hebahan PKP

By 18 April 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/Foto : Fauziah Abdullah / Mohd Shaharudin Suratman (Seremban)

SEREMBAN, 17 Apr (Malaysiaaktif) – Memasuki fasa ketiga, masyarakat dilihat semakin cakna dan akur dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hebahan berterusan terus dipergiatkan oleh pihak berkaitan bagi memastikan pematuhan terhadap PKP ini dapat dicapai pada tahap maksimum.

Selain hebahan Info On Wheels yang dilaksanakan oleh Unit Hebahan Bergerak Jabatan Penerangan Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut menggunakan dron untuk melaksanakan hebahan kepada masyarakat selain pemantauan terhadap tahap pematuhan PKP.

Antara dron yang digunakan oleh pihak ATM dan PDRM ketika operasi hebahan.

Antara dron yang digunakan oleh pihak ATM dan PDRM ketika operasi hebahan.

Ianya merupakan inisiatif ATM dalam membantu PDRM bagi memantau dan menguatkuasakan PKP dengan menyeluruh.

Bagi kawasan Sendayan, hebahan intensif telah dilaksanakan sejak Selasa lalu dengan penggunaan dron tersebut bagi memastikan hebahan pematuhan PKP ini dipatuhi.

Penggunaan dron juga telah dilaksanakan di beberapa kawasan di Negeri Sembilan antaranya Jempol, Kuala Pilah serta Tampin dan hebahan turut dibuat dalam empat bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil.

Menurut sumber ATM, dron yang digunakan bagi pemantauan dan hebahan ini adalah daripada jenis Mavic Ent Dual dan Matrice.

-AK

Tinggalkan komen anda