Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Barisan Hadapan Terus Dibantu

By 4 Mei 2020Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

KEPALA BATAS, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Kolej Komuniti Kepala Batas (KKKB) telah mengambil langkah inisiatif bagi menghasilkan pelindung muka kepada petugas -petugas barisan hadapan di Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT), Bertam.

Peralatan ini diperbuat daripada Polyatic Asid’ (PLA) yang menggunakan Pencetak Tiga Dimensi dengan Unit Teknologi Pembuatan diberi tanggungjawab untuk melaksanakannya.

Pelindung muka yang dihasilkan Kolej komuniti Kepala Batas.

Pelindung muka yang dihasilkan Kolej komuniti Kepala Batas.

Pengarah KKBB, Mohd Ruzi Hamzah, ketika ditemui berkata KKKB sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan kepakaran kepada pihak yang memerlukan, terutamanya ketika waktu genting seperti ini.

Penyerahan sumbangan oleh Pengarah Kolej komuniti Kepala Batas kepada pihak Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).

Penyerahan sumbangan oleh Pengarah Kolej komuniti Kepala Batas kepada pihak Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).

“Sumbangan sebegini diharap dapat membantu meringankan beban serta mempermudahkan urusan petugas barisan hadapan dalam menangani wabak COVID-19.

Penyampaian cenderahati penghargaan antara KKKB dan IPPT.

Penyampaian cenderahati penghargaan antara KKKB dan IPPT.

“Walaupun terdapat kekangan dalam mendapatkan bekalan bahan mentah, namun ianya merupakan cabaran yang berjaya dihadapi dengan tenang,” katanya semasa menyerahkan sumbangan, di sini baru-baru ini.

Turut hadir semasa sesi penyerahan pelindung muka itu ialah Timbalan Pengarah Penyelidikan dan Jaringan IPPT, Hasni Arsad.

-ii-

Tinggalkan komen anda