Skip to main content
Berita UtaraPulau Pinang

Pelajar Pulang Temui Keluarga

By 4 Mei 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Lizza Imelia M. Sulanah (Seberang Perai Tengah)

BUKIT MERTAJAM, 4 Mei (Malaysiaaktif) – Operasi penghantaran pulang pelajar yang merupakan fasa keempat bagi Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) selepas fasa pertama pada 27 April yang lalu telah selamat dilaksanakan.

Operasi kali ini telah melibatkan pelajar-pelajar dari kawasan Zon Tengah dan Zon Utara dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak 103 pelajar.

Pelajar-pelajar IPT yang tiba di Pejabat Daerah SPT sebelum penghantaran pulang ke kediaman masing-masing.

Pelajar-pelajar IPT yang tiba di Pejabat Daerah SPT sebelum penghantaran pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut Pegawai Daerah SPT, Kamarul Haizal Koderat, mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), hanya pelajar yang berada dalam zon hijau sahaja yang dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Persiapan rapi telah dilakukan bagi menghantar para pelajar pulang ke rumah masing-masing dengan kerjasama Pejabat Daerah dan Tanah SPT selaku urusetia, bersama dengan Polis Diraja Malaysia.

Para pelajar yang terlibat mendengar taklimat keselamatan.

Para pelajar yang terlibat mendengar taklimat keselamatan.

“Operasi ini turut melibatkan jabatan dan agensi kerajaan lain seperti Angkatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta RELA dan proses menghantar pelajar berjalan dengan lancar dengan beberapa jabatan kerajaan dan insitusi pengajian awam sudi memberi kebenaran menggunakan kenderaan rasmi masing-masing untuk membawa pelajar-pelajar pulang,” katanya.

Saringan kesihatan di kalangan pelajar turut dilakukan sebelum penghantaran pulang.

Saringan kesihatan di kalangan pelajar turut dilakukan sebelum penghantaran pulang.

Pelajar-pelajar terlebih dahulu telah disaring dengan pemeriksaan suhu badan, memakai penutup mulut, menggunakan pencuci tangan dan mengekalkan jarak sosial satu meter antara satu sama lain.

Salah seorang pelajar yang ditemui, Zaqqim Imdad Ibrahim, berkata beliau bersyukur kerana akhirnya dapat bertemu semula dengan keluarganya dan berharap penularan wabak ini akan dapat dikawal dengan baik.

-ii-

Tinggalkan komen anda