
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 30 Mei (Malaysiaaktif) – Masih terlalu awal bagi Kementerian Kesihatan (KKM) membuat keputusan sama ada untukĀ menamatkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selepas 9 Jun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Beliau berkata adalah penting untuk KKM memantau situasi COVID-19 berikutan sejak dua minggu lepas jumlah rakyat Malaysia yang dijangkiti COVID-19 tidak banyak.
āDari 4 Mei hingga sekarang hanya terdapat kira-kira Ā 222 rakyat Malaysia yang dijangkiti daripada 1,800 kesĀ (COVID-19) dalam negara,ā katanya dalam taklimat harian mengenai perkembangan COVID-19 di KKM di sini,Ā semalam.
Dr Noor Hisham berkata demikian ketika ditanya adakah Malaysia sudah bersedia untuk menamatkan PKPB selepas 9 Jun.
Beliau berkata jangkitan COVID-19 kini kebanyakannya membabitkan pekerja asing.
āMelihat pada perkembangan dua hari lepas iaitu walaupun kes meningkat kepada 172 dan 187 kes tetapiĀ Ā jumlah yang melibatkan rakyat Malaysia adalah rendah iaitu pada dua angka.
āMungkin rakyat Malaysia mengamalkan semua SOP (prosedur operasi standard) tetapi persoalannya adakah pekerja asing mengamalkan SOP.
“Jadi kami perlu mendidik pekerja asing mengenai SOP keranaĀ soal kesihatan melibatkan warganegara dan bukan warganegara,ā tegas Dr Noor Hisham.
Beliau berkata sekiranya rakyat Malaysia mematuhi SOP, tidak akan berlaku peningkatan kes pasca-Hari Raya.
āJadi kita hanya akan tahu pada minggu depan atau minggu berikutnya,ā katanya.
Ditanya mengenai saringan dilakukan majikan (terhadap pekerja asing),Ā Dr Noor Hisham berkata KKM sedang memantau perkara itu.
āKKM jangka indeks tinggi akan berlaku membabitkan pekerja asing. Dari 4 Mei hingga 29 Mei, KKM mendapati hampir 78 peratus kes positif COVID-19 di Malaysia membabitkan pekerja asing,ā katanya.
Dr Noor Hisham berkata KKM juga akan berusaha menyelesaikan isu penginapan pekerja asing.
āSaya fikir kami perlu menangani masalah itu, bukan sahaja (untuk) COVID-19 tetapi (untuk) tuberkulosis dan penyakit berjangkit yang lain juga. Jadi ini sesuatu yang kami perlu tangani secara serius dan bekerjasama dengan agensi dan kementerian berkaitan secara menyeluruh,ā katanya.
— BERNAMA