
Foto: Gambar fail
PUTRAJAYA, 10 Jun (Malaysiaaktif) – Laporan berita tentang sektor pelancongan di Langkawi menerima 1,000 tempahan sebaik sahaja Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Ahad lalu, adalah tidak tepat.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Seni dan Budaya negeri Mohd Firdaus Ahmad berkataĀ kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pelancongan Langkawi (LTA), Zainudin Kadir tentang perkara itu juga tidak mewakili kerajaan negeri.
āKamiĀ tidak tahu daripada mana pihak tersebut mendapat angka itu, kerana kamiĀ tidak mempunyai mekanisme untuk mengetahui jumlah tempahan hotel dalam tempoh sejam.
āBiasanya pihak hotel yang menerima tempahan akan memaklumkan kepada kamiĀ jumlah tempahan yang diterima,Ā itu pun tidak dapat diperoleh dalam tempoh yang singkat,ā katanyaĀ dalam sidang media di Alor Setar semalam.
Ahad lalu, Zainudin dilaporkan berkataĀ hotel di Langkawi telah menerima sebanyak 1,000 tempahan dalam tempoh sejam susulan pelaksanaan PKPPĀ bermula 10 Jun hingga 31 Ogos depanĀ bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyaksikan lebih banyak sektor ekonomi dibuka termasuk pelancongan domestik.
Sementara itu Mohd Firdaus berkata ekoran langkah kerajaan membenarkan perjalanan merentas negeri dan membuka semula pelancongan domestik, kerajaan negeri berharap dapat mencapaiĀ antara 1.2 juta hingga 1.5 juta kedatangan pelancong pada tahun ini.
Sasaran itu, katanya mampu dicapai sekiranya langkah-langkah pemulihan dilaksana sebaik mungkin terutama oleh pemain industri dalam merancakkan semula aktiviti pelancongan.
āSelepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan sektor pelancongan, kamiĀ terpaksa memulihkan semula pelancongan dengan kebiasaan baharu dalam PKPP ini.
āKalau sebelum ni (2019) kamiĀ dapat menarik 3.7 juta pelancong, sekurang-kurangnya pada akhir tahun ini kamiĀ boleh dapat 1.2 hingga 1.5 juta pun sudah mencukupi untuk penutup tahun ini,ā katanya.
— BERNAMA