Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Menteri KKMM Hadir Program Sepakat@Komuniti di Kampung Baru Salong

By 15 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Dayana Bahazelan/Sh. Nurrul (Pahang)

PEKAN, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah, merangkap Ahli Parlimen Indera Mahkota hadir ke Program Sepakat @ Komuniti bagi menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan di Kampung Baru Salong di sini semalam.

Isteri Datuk Saifuddin Abdullah, Datin Norlin Shamsul Bahri menyerahkan sumbangan peralatan MyFreeview kepada Puan Norhamimah di Kg. Baru Salong.

Isteri Datuk Saifuddin Abdullah, Datin Norlin Shamsul Bahri menyerahkan sumbangan peralatan MyFreeview kepada Norhamimah (dua dari kiri) di Kg. Baru Salong.

Beliau menyerahkan sumbangan dekoder MyFreeview kepada sembilan orang penerima yang terdiri daripada golongan kurang berkemampuan dan juga menyerahkan komputer riba serta set projektor kepada Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Baru Salong.

Saifuddin hadir selepas mengadakan tinjauan kerja-kerja menaik taraf liputan telekomunikasi bagi menampung keperluan internet untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Chini dan juga lawatan kerja ke Pusat Internet Felda Chini 1.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Strategik), Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, serta pegawai-pegawai Kementerian, Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM).

Seterusnya,  Saifuddin  berkunjung ke sebuah rumah bagi membuat penyerahan sumbangan peralatan MyFreeview kepada Norhamimah Abdul Hamid di Perumahan Komuniti, Kampung Baru Salong.

“Saya sangat terharu dan berterima kasih kepada pihak KKMM dan pihak kerajaan kerana memberikan sumbangan peralatan MyFreeview kepadanya dan menerusi sumbangan ini kami sekeluarga boleh mendapatkan maklumat-maklumat terkini melalui televisyen dengan lebih jelas menggunakan MyFreeview ini,” katanya.

Dato’ Saifuddin berucap semasa menghadiri Program Sepakat @ Komuniti di Kampung Baru Salong.

Saifuddin berucap semasa menghadiri Program Sepakat @ Komuniti di Kampung Baru Salong.

-KN

Tinggalkan komen anda