Skip to main content
Berita TimurTerengganu

PKPP Rahmat Buat Peniaga Mi Sup Melayu Champa

By 15 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Rusmiza Anuar/Mahadi Mustafa (Dungun)

DUNGUN, 15 Jun (Malaysiaaktif) – Kepelbagaian kaum dan budaya berjaya menyatukan pelbagai hidangan antaranya Mi Sup Melayu Champa yang merupakan hidangan tidak asing lagi kepada pengemarnya di seluruh Malaysia.

Mi Sup Melayu Champa yang merupakan resipi asli dari Kemboja ini adalah antara hidangan yang popular di Dungun sehingga menggamit pengunjung dari dalam dan luar negeri untuk singgah ke daerah ini bagi menikmati hidangan tersebut.

Keunikan hidangan ini  menepati citarasa para pelanggan kerana bahan perasa diasingkan seperti garam, asam limau, sambal lada, gula, kicap masin serta kuantiti yang ditentukan oleh pelanggan sendiri sama ada mahukan rasa masam, masin atau sebaliknya dan keenakan hidangan ini berganda ketika dimakan semasa hidangan masih panas.

Mi Sup Melayu Champa yang dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan.

Mi Sup Melayu Champa yang dibungkus untuk dihantar kepada pelanggan.

Di Dungun terdapat empat buah kedai yang mengusahakan perniagaan Mi Sup Melayu Champa, antaranya ialah Abdul Kadir Mohamad yang menjalankan perniagaan diwarisi dari neneknya sejak tahun 1987.

Abdul Kadir ketika ditemui berkata, beliau tidak menjangkakan penularan COVID-19 memberi kesan kepada peniagaan yang dijalankan selama puluhan tahun itu.

Abdul Kadir Mohamad merupakan salah seorang pengusaha Mi Sup Melayu Champa di Dungun.

Abdul Kadir Mohamad merupakan salah seorang pengusaha Mi Sup Melayu Champa di Dungun.

“Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), premis perniagaan terpaksa ditutup, manakala penutupan sempadan negara juga telah mengakibatkan peningkatan kos untuk mendapatkan bekalan bahan mentah yang sebahagiannya datang dari negara seberang, Thailand.

“Walaupun pihak kami telah mengambil inisiatif untuk menjual secara atas talian dengan menawarkan perkhidmatan penghantaran makanan melalui khidmat penghantaran makanan, namun ianya turut melibatkan kos upah dan penggunaan bekas plastik yang melibatkan kos tambahan.

“Namun, pengumuman oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah memberi kelegaan pada kami kerana kami dapat beroperasi seperti sediakala dengan menekankan aspek pematuhan Prosedur Operasi Standard sebagaimana yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia,” katanya.

Butiran pelanggan dan rekod suhu dicatat merupakan prasyarat dan pematuhan SOP pelanggan memasuki premis.

Butiran pelanggan dan rekod suhu dicatat merupakan prasyarat dan pematuhan SOP pelanggan memasuki premis.

Pengumuman PKPP ini juga bukan sahaja telah memberikan kelegaan buat peniaga, malah untuk pelanggan setia Mi Sup Melayu Champa, Syawal Mohd Nasir.

“Sepanjang tempoh PKP sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk menikmati Mi Sup Melayu Champa di kedai. Kebiasaannya saya akan ke sini seawal 7 pagi bagi menikmati hidangan ini ataupun sup kateh yang sedap dan keenakannya tiada bandingan.

Syawal Mohd Nasir merupakan penggemar Mi Sup Melayu Champa dan menyarankan orang ramai supaya mencuba keenakan hidangan ini.

Syawal Mohd Nasir merupakan penggemar Mi Sup Melayu Champa dan menyarankan orang ramai supaya mencuba keenakan hidangan ini.

“Tidak dinafikan Mi Sup Melayu Champa antara makanan yang telah menarik pelancong untuk berkunjung ke daerah ini dan saya mencadangkan kepada yang belum merasai Mi Sup Melayu Champa bolehlah singgah ke Dungun,” katanya ketika ditemui pemberita.

Tinggalkan komen anda