Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Pemeriksaan di Sekolah Pastikan Patuh SOP

By 11 Jun 2020Tiada komen2 minit bacaan

Foto: Kementerian Pendidikan Malaysia

PUTRAJAYA, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Kementerian Pendidikan akan mengadakan pemeriksaan di semua sekolah dalam tempoh dua minggu akan datang bagi memastikan tahap persediaan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) menjelang pembukaan semula sekolah pada 24 Jun ini.

Sambil menegaskan langkah itu bukan untuk menghukum, Menterinya Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata pemeriksaan akan dilakukan bersamaĀ Jabatan PendidikanĀ Negeri danĀ Pejabat Pendidikan Daerah.

“JikaĀ ada keadaan sekolah tidak mematuhi SOP, kita ada masa dua minggu jadiĀ masih banyak ruang untuk tambah baik ā€¦ jika ada kelemahan dalam SOPĀ di mana-mana sekolah kita akan turun dan lihat bagaimanaĀ kita boleh bantu,” katanya pada sidang media khas perkembangaan pembukaan semula sekolahĀ di sini semalam.

Terdahulu Mohd Radzi mengumumkan tarikh pembukaan semula sekolah pada 24 Jun ini, melibatkan 500,444 pelajar dan 2,440 sekolah menengah kebangsaanĀ dan sejumlah sekolah antarabangsa.

Mengulas lanjut, beliau berkata tempat-tempat yang selalu disentuh pelajar seperti tombol pintu akan sentiasa disanitasi bagi menjamin keselamatan dan kesihatan pelajar serta pihak yang berkenaan.

Beliau berkata bagi pelajar yang tidak sihat dan menunjukkan gejala, merekaĀ akan dibawa ke bilik isolasi dan ibu bapa merekaĀ  akan dihubungi selain turut dimaklumkan kepada pusat kesihatan daerah.

Mohd Radzi juga berkata waktu mula dan tamatĀ sesi pembelajaranĀ akan dibuat secara berperingkat dan perkara itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

“Kita khuatir sekiranya ibu bapa ambil keputusan hantar sendiri anak-anak keĀ sekolah sebelah pagi, kalau tidakĀ dilakukan secara berperingkat maka di sekolah itu akan berlaku kesesakan.

“Jadi insya-Allah kita akan umumkan pukul berapa peringkat pertama (waktu masuk sekolah) pukul berapa peringkat kedua masuk dan waktu balik,” katanya.

— BERNAMA

Kongsi artikel ini di media sosial:

Tinggalkan komen anda