Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

PKP/PKPB : Seramai 26,366 Individu Ditahan

By 11 Jun 2020Tiada komen1 minit bacaan

PUTRAJAYA, 11 Jun (Malaysiaaktif) – Seramai 26,366 individu ditahan atas pelbagai kesalahan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed.

Beliau berkata daripada jumlah itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendakwa 20,720 individu iaitu 78.6 peratus.

“Dalam tempoh PKP dan PKPB ini juga, iaitu sepanjang 18 Mac hingga 9 Jun tahun ini, seramai 10,875 individu telah dikompaun.

“Kesalahan yang dilakukan sehingga dikenakan kompaun adalah kerana melanggar PKP seperti ziarah Aidilfitri, merentas negeri serta kesalahan-kesalahan lain,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di ibu kota semalam.

Huzir berkata PDRM menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berkuat kuasa mulai hari ini sehingga 31 Ogos.

PKPP mulai dilaksanakan hari ini dengan pelbagai kelonggaran diberikan oleh kerajaan, antaranya kebenaran perjalanan rentas negeri dan hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan serta sektor ekonomi akan kembali beroperasi secara berperingkat.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda