Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Bahang Kemeriahan Sambutan Merdeka Semakin Terasa

By 29 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nik Awang Yaa’cob (Setiu)

SETIU, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Penduduk Kampung Bintang, Setiu memeriahkan sambutan program kemerdekaan anjuran bersama Pejabat Penerangan Daerah Setiu dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) di Tapak Pasar Malam, Kampung Bintang.

Pemasangan Jalur Gemilang, usai program oleh, Saharrudin Mohamed yang mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.

Pemasangan Jalur Gemilang, usai program oleh, Saharrudin Mohamed yang mewakili Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Bintang, Abdul Razak Kecil, berkata program Merdeka@Komuniti itu mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk kampung walaupun diadakan secara sederhana.

Acara cabutan nombor bertuah.

Acara cabutan nombor bertuah.

“Penglibatan yang sangat memberangsangkan daripada orang kampung menjadi bukti semangat jati diri dan rasa cinta kepada negara yang tinggi dalam diri mereka.

Pengerusi Kawasan Rukan Tetangga (KRT) Kampung Bintang, Abdul Razak Kecil.

Pengerusi Kawasan Rukan Tetangga (KRT) Kampung Bintang, Abdul Razak Kecil.

“Walaupun sambutan diadakan secara sederhana kerana COVID-19, program ini telah dijalankan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.

Manakala bagi suri rumah, Napisah Omar, 55 tanggungjawab kepada negara yakni dengan mengibarkan Jalur Gemilang tidak akan dilupakan menjelang bulan kemerdekaan.

Napisah Omar, 55, suri rumah berbangga menjadi rakyat Malaysia.

Napisah Omar, 55, suri rumah berbangga menjadi rakyat Malaysia.

“Sebagai seorang warganegara yang cinta akan tanah air, saya berbangga menjadi rakyat Malaysia sebuah negara yang merdeka sejak 63 tahun yang lalu dan berharap keamanan dan keharmonian negara yang kita nikmati ini akan berkekalan,” katanya.

Orang ramai yang hadir ke program Merdeka @ Komuniti mematuhi SOP yang ditetapkan.

Orang ramai yang hadir ke program Merdeka @ Komuniti mematuhi SOP yang ditetapkan.

Program yang dirasmikan oleh Penghulu Mukim Guntong, Mohd Naim Jasmi mewakili Pegawai Daerah Setiu ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti deklamasi sajak, cabutan nombor bertuah, nyanyian lagu patriotik, bacaan ikrar Rukun Negara dan agihan Jalur Gemilang.

-ii-

Tinggalkan komen anda