Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Parlimen: Kerajaan Sasar Bina 1,300 Unit Rumah PPRT Tahun Ini

By 29 Julai 2020Tiada komen1 minit bacaan

Foto: Gambar fail

PUTRAJAYA, 29 Jul (Malaysiaaktif) – Kerajaan menyasarkan untuk membina 1,300 unit rumahĀ Projek Perumahan Rakyat Miskin TegarĀ (PPRT) dan membaik pulih 10,000 rumah sedia ada tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Pembangunan Luar Bandar (KPLB)Ā DatukĀ Dr Abdul Latiff Ahmad berkata sejak 2016 di bawah Rancangan Malaysia Ke-11Ā (RMK11), sebanyak 7,149 rumah PPRT telah dibina dan 38,057 rumah telah dibaik pulih.

ā€œBantuan rumah rakyat yang dilaksana di bawah KPLB dikenali sebagai PPRTĀ bertujuan memastikan golongan miskin dan miskin tegar memiliki rumah kediaman yang selamat dan selesa,ā€ katanya menjawab soalanĀ DatukĀ Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) yang ingin tahuĀ bentuk bantuan yang diberikan KPLBĀ bagi memperluaskan pemilikan rumah bagi rakyat miskin di luar bandar.

Menjawab soalan tambahan Ahmad Nazlan mengenaiĀ kesediaan kementerian untuk menambah baik spesifikasi rumah yang akan dibinaĀ dan kualitinya, Abdul Latiff berkata spesifikasi pembinaannya adalah sama iaitu rumah batu bata tiga bilik dan rumah panjang.

ā€œRumah batu bata berukuran 22×30 kaki iaitu 660 kaki persegi manakala rumah panjang ialah 17.72×40 kaki iaituĀ 713 kaki persegi.

ā€œā€¦tetapi oleh kerana kita dapat menarik perhatian vendor G1 dan G2, jadi kita cubaĀ teknologi sistem binaan berindustri (IBS). Kita sudah panggil beberapa syarikat IBS supaya kualiti dan bantuan rumah PPRTĀ sampai ke sasaran secara berkesan,ā€ jelasnya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda