
Foto: Kementerian Kesihatan Malaysia
PUTRAJAYA, 2 Jul (Malaysiaaktif) – Tiada kes yang dilaporkan mendapat jangkitan dari dalam negara iaitu penularan tempatan, sama ada dalamĀ kalangan warganegara Malaysia mahupunĀ bukan warganegara.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, selain itu buat pertama kalinya, Malaysia mencatatkan kes harian COVID-19 yang terendahĀ semalam iaitu dengan hanya satu kes baharu sepanjang gelombang kedua pandemik itu dengan jumlah keseluruhan 8,640 kes.
āSukacita dimaklumkan bahawa tiada kes penularan dalam negara yang dilaporkan.
āIngin dimaklumkan bahawa satu kes baharu yang dilaporkan adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara iaitu Turki. Syabas kepada semua pihak terutama masyarakat Malaysia di atas pencapaian ini,ā katanya pada sidang mediaĀ semalam.
Dr Noor Hisham berkata, terdapat 21 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif pulih 8,375 kes.
Tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan sejak 15 Jun menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara akibat pandemik itu kekal 121 kes.
Sementara itu, beliau berkata empat kes positif COVID-19Ā sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan dua daripadanyaĀ memerlukan bantuan pernafasan.
Memperincikan perkembangan COVID-19, Dr Noor Hisham berkata kes harian dalamĀ kalangan rakyat Malaysia iaitu yang mendapat jangkitan di dalam negaraĀ didapati sejajar dengan unjuran kes harian dalam pemodelan dan ramalan pada 21 Mei 2020 oleh Institut Kesihatan Negara Kementerian Kesihatan (KKM).
Katanya, pencapaian ituĀ sememangnya hasil kerjasama setiap peringkat dan lapisan masyarakat dalam memainkan peranan masing-masing termasukĀ mengamalkan kelaziman baharu dalam kehidupan seharian dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.
Jelas Dr Noor Hisham, penurunan kes harian juga menggambarkan kesedaran masyarakat terhadap kawalan kendiri dan tanggungjawab sosial.
āAdalah diharapkan agar setiap lapisan dan kumpulan masyarakat dapat mengamalkan jarak sosial yang selamatĀ iaitu sekurang-kurangnya satuĀ meterĀ antara satu sama lain, kebersihan kendiri yang tinggi, mengelakkan kawasan yang sempit dan sesak serta mengelak bertutur dengan jarak yang dekat.
āIni semua adalah normal baharu yang diamalkan secara meluas dan berterusan bagi memastikan kita terus berjaya dalam memerangi wabak COVID-19,ā katanya.
Dr Noor Hisham turut mengingatkan orang ramai bahawa pandemik itu masih lagi berterusan di seluruh dunia dan penularan semula jangkitan COVID-19 di Malaysia masih boleh berlaku sekiranya rakyat leka dan mengambil mudah denganĀ saranan, arahan serta amaran kerajaan.
Menurut beliau, ibu bapa dan penjaga diminta agar terus mendidik anak mengenai amalan dan kelaziman baharu kerana ia amat penting untuk menjaga keselamatan dan kesihatan mereka memandangkan sesi persekolahan bakal dibuka semula, danĀ nasihat kesihatan juga perlu diterapkan bermula dari rumah.
— BERNAMA