Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMANegeri Sembilan

Durian Jelebu Diburu Penggemarnya

By 8 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan

Laporan/foto: Seikh Amilhisham Sheik Hashim (Jelebu)

JELEBU, 7 Jul (Malaysiaaktif) – Penduduk Negeri Sembilan terutama di Jelebu boleh berbangga kerana daerah ini menjadi tumpuan ramai setiap kali tibanya musim durian.

Hal ini kerana beberapa kawasan di daerah ini akan menjadi sasaran bagi penggemar durian seluruh negara kerana harganya yang berpatutan dan ianya boleh dibeli terus dari kebun ataupun dusun milik penduduk tempatan.

WhatsApp Image 2020-07-07 at 16.29.10

Antara jenis durian yang dijual.

Menurut salah seorang penjual durian, Muhammad Afiq, 29, terdapat pelbagai jenis durian yang boleh didapati di sini antaranya Durian Kahwin (D24), Durian Kampung, Durian Udang Merah, Musang King, Tekka serta beberapa jenis lagi dan harga bagi durian premium seperti Durian Udang Merah dan Musang King sememangnya menjadi perbincangan hangat dalam kalangan peminat tegar durian.

“Ada yang bersetuju dengan harga berdasarkan kualiti yang diterima pelanggan dan ramai juga yang berpendapat bahawa ianya terlalu mahal kerana ia adalah buah tempatan yang ditanam di Malaysia.

WhatsApp Image 2020-07-07 at 16.29.23

Afiq menunjuk poster berkenaan COVID-19 yang akan dipamerkan di gerai miliknya.

“Walaubagaimanapun, harga durian adalah sama seperti komoditi lain iaitu bergantung kepada penawaran dan permintaan walaupun tahun ini agak mencabar kerana wabak COVID-19 yang melanda negara menyukarkan pergerakkan bagi mendapatkan bekalan durian,” ujarnya ketika ditemui di gerai durian miliknya.

Tambah Afiq, beliau hanya menjual durian yang berkualiti serta jauh lebih murah berbanding pengusaha durian yang lain dan ini terbukti apabila ada pelangggannya yang sanggup datang dari luar dari Negeri Sembilan hanya untuk menikmati durian yang dijual olehnya.

Manakala menurut seorang pengemar durian, Abd Halim, 37, beliau sanggup datang dari Klang semata-mata untuk mendapatkan Durian Jelebu kerana kualiti yang lebih baik dan harga yang murah berbanding durian yang dijual ditempatnya.

“Durian di Jelebu adalah durian baru gugur dan segar, bila makan sekali memang puas hati, faktor jauh bukan alasan asalkan dapat makan durian yang sedap, berkualiti dan segar dari kebun,” ujarnya.

-AK

Tinggalkan komen anda