Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahHomePutrajaya

Jumlah Kes Positif Kembali Meningkat Dengan 21 Kes Baharu

By 25 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Foto: Infografik KKM

PUTRAJAYA, 25 Jul (Malaysiaaktif) – Sebanyak 21 kes jangkitan baharu Ā COVID-19 dalam negara dilaporkanĀ semalam melibatkan 16Ā kes penularan tempatan dan limaĀ kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 sebanyak 8,861 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan sebanyak 161 kes.

ā€œDaripada 21 kes baharu yang dilaporkan, lima kesĀ import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan tiga warganegara dan dua bukan warganegara yang berkahwin dengan rakyat Malaysia atau dibenarkan masuk di atas urusan kerja,ā€ menurut kenyataan media perkembanganĀ COVID-19.

Katanya, lima kes import itu membabitkan individu yang pulang dari Singapura, Australia, Filipina, Pakistan dan Qatar.

Sementara itu, daripada 16 kes penularan dalam negara, 13 kes melibatkanĀ warganegara danĀ tiga kes bukan warganegara.

Satu daripada tiga kes penularan tempatan dalam kalangan bukan warganegara direkodkan daripada Kluster Warga Emas Kluang, JohorĀ dan dua kes lagi daripada Kluster Elsa di Pahang.

Kes penularan tempatan COVID-19 dalam kalangan warganegara pula melibatkan dua kesĀ daripada Kluster PUI Ramnad diĀ Kuala Lumpur dan masing-masing satu kes dari Kluster PUI Al Khobar di Selangor,Ā Kluster Warga Emas Kluang di Johor danĀ Kluster Elsa di Pahang.

Penularan tempatan dalam kalangan warganegara juga termasukĀ lapan kes positif daripada Kluster Sentosa di Sarawak.

Dr Noor Hisham berkataĀ tiada pertambahan kes kematianĀ berkaitan COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes berkenaanĀ kekal 123 kes.

Beliau turut memaklumkan sebanyak tigaĀ kes pulih dan dibenarkan discajĀ menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalahĀ 8,577Ā kes atau 96.8Ā peratusĀ daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga kini, hanya lima kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Dua kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan komen anda