Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanMelaka

Kempen Kitar Semula Selamatkan Alam Sekitar

By 22 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Noraidah Mat Seh/Mastika Hablum (Jasin)

MELAKA, 22 Jul (Malaysiaaktif) – Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) telah mengadakan Program Inisiatif Komuniti Hijau Bagi Kempen #JanganGunalah yang telah dirasmikan oleh Datuk Abdul Ghafaar Atan bertempat di Taman Nyalas Permai, Asahan, baru-baru ini.

Program ini merupakan salah satu daripada hasrat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dalam Kempen #JanganGunalah iaitu larangan pengunaan plastik sekali guna yang memberikan kesan tidak baik kepada eco-sistem negara sekiranya tidak dapat diuruskan dengan baik.

Menurut Ahli Dewan Undangan Kawasan Asahan Abdul Ghafaar Atan, dalam usaha menempuh cabaran Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac 2020 lalu berikutan pandemik covid -19, semua orang tidak harus lupa dan lalai dalam tanggungjawab menjaga alam sekitar.

“SWCorp telah membuat analisis data cerapan di 24 buah tapak pelupusan yang diselia oleh SWCorp di 8 buah negeri, terdapat penurunan sebanyak 12.75% berbanding sebelum dan selepas PKP. Janaan sisa pepejal negara sehari adalah 38,000 tan, berdasarkan data yang diperolehi anggaran penurunan adalah sebanyak 4,845 tan.

“Di Melaka penurunan sebanyak 28% telah dicatatkan iaitu daripada 1000tan ke 720tan sampah sehari telah dijana. Ini adalah berikutan pada tempoh PKP banyak sektor industri, komersial, dan institusi seperti kilang, pasaraya, pejabat dan institusi pendidikan tidak beroperasi.

“Taman Nyalas Permai terpilih menjadi penanda aras taman perumahan dalam mendidik masyarakat secara hands-on melalui bengkel-bengkel yang telah disediakan bagi memastikan penduduk faham pengurusan sisa domestik masing-masing,” ujar Abdul Ghafaar.

Dalam pada itu, SWCorp telah menyediakan platform kitar semula sisa anda, sisa makanan melalui program komposting, plastik dan kertas melalui program Kitar Cycle, sisa fabrik melalui program free market dan upcycling, manakala lebihan minyak masak juga boleh dijual.

“Pelbagai aktiviti kitar semula turut diajar kepada orang ramai antaranya membuat beg menggunakan baju terpakai, membuat pengasingan barang seperti botol, plastik dan kaca serta membuat baja kompos mengunakan sisa makanan didapur,” katanya.

-KN

Tinggalkan komen anda