Skip to main content
Berita TimurTerengganu

Gotong-Royong 10,000 Langkah FELDA Bersama Komuniti Setempat

By 22 Julai 2020Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Syukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 22 Julai (Malaysiaaktif) – Pegawai Agama FELDA, Hassan Husin, 52, berkata Program Gotong-Royong 10, 000 langkah merupakan program bulanan pejabat FELDA bersama komuniti setempat mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Hassan berkata, program ini bertujuan menjaga kebersihan kawasan sekitar di samping menanam kesedaran kepada warga FELDA supaya menjaga kesihatan persekitaran dan diri masing-masing.

Urusetia program memimpin senaman ringkas sebelum aktiviti gotong-royong bermula.

Urusetia program memimpin senaman ringkas sebelum aktiviti gotong-royong bermula.

“Kami berjalan sejauh 2.9 kilometer sambil mengutip sampah yang ada di sekitar bersama penduduk setempat bagi mencapai 10,000 langkah ini,” ujarnya yang merupakan pengurus program tersebut yang berlangsung selama tiga jam bermula dari pukul 8 hingga 11 pagi.

Sebahagian penduduk FELDA yang menyertai aktiviti ini.

Sebahagian penduduk FELDA yang menyertai aktiviti ini.

Menurut penyelaras program bersama komuniti setempat, Nurulain Najihah Kamaruddin, Pembantu Pembangunan Masyarakat FELDA, 26, kesedaran masyarakat setempat mengenai kebersihan amat membanggakan kerana hampir 60 orang keluar bersama menjayakan program ini.

Nurulain Najihah Kamaruddin penyelaras program bersama komuniti setempat.

Nurulain Najihah Kamaruddin penyelaras program bersama komuniti setempat.

“Sasaran kami bagi program ini adalah untuk memastikan kebersihan kawasan di sini terus terjaga selain menerapkan amalan kesihatan yang baik dalam kalangan penduduk setempat,” katanya.

Pegawai Agama Felda Hassan Husin memberitahu mereka berjalan sejauh 2.9 kilometer sambil mengutip sampah yang ada di sekitar bersama penduduk setempat bagi mencapai 10 000 langkah ini.

Pegawai Agama FELDA, Hassan Husin memberitahu mereka berjalan sejauh 2.9 kilometer sambil mengutip sampah yang ada di sekitar bersama penduduk setempat bagi mencapai 10,000 langkah ini.

Bagi Aziz@Muhammad Jusoh, 70, penglibatan semua golongan dalam menjayakan gotong-royong ini adalah sangat baik dan perlu diteruskan. Semangat kejiranan antara kami dapat dipertingkatkan serta dihidupkan kembali dalam masyarakat.

Aziz @Muhammad Jusoh memberitahu semangat kejiranan antara kami dapat dipertingkatkan serta dihidupkan kembali dalam masyarakat.

Aziz @Muhammad Jusoh memberitahu semangat kejiranan antara kami dapat dipertingkatkan serta dihidupkan kembali dalam masyarakat.

Rata-rata penduduk FELDA yang ditemui meluahkan rasa gembira dengan program anjuran pihak pengurusan FELDA Neram ini.

ii-

Tinggalkan komen anda